Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Silvergate Bank Mendaftarkan 59 Pelanggan Kripto Baru dalam Q4 2018

 

Silvergate Bank yang menyokong kripto telah mendaftarkan sejumlah pelanggan matawang kripto baru dalam suku tahun keempat 2018, menurut pemfailan baru-baru ini dengan SEC Amerika Syarikat.

Pemfailan itu mendedahkan bahawa setakat 31 Disember 2018, Silvergate mempunyai 542 klien berkaitan matawang digital termasuk bursa pertukaran kripto dan pelombong, penjaga dan pelabur global, termasuk yang lain-lain. Ini menandakan penambahan 59 klien berkaitan kripto yang baru sejak pemfailan sebelum ini pada bulan September 2018.

Menjelang 31 Disember, 232 pelanggan matawang kripto baru dilaporkan dalam pelbagai peringkat proses kemasukan bank itu, termasuk pematuhan peraturan.

Bank itu juga menyatakan bahawa ia percaya penerimaan matawang digital oleh institusi kewangan tradisional akan berterusan meningkat, menekankan data berikut:

“Buat masa ini, terdapat lebih 300 dana pelaburan institusi dengan agregat anggaran aset di bawah pengurusan di antara $7.5 bilion hingga $10 bilion. Lebih $8.3 bilion telah dilabur dalam projek berkaitan matawang digital, tidak termasuk dana ICO, sejak 31 Disember 2013. Sebanyak $1.3 bilion dalam dana venture telah dikutip dalam pasaran matawang digital dan blockchain dalam 12 bulan berakhir 30 Jun 2018, dan ianya adalah maklumat terkini yang ada.”

Menurut dokumen itu, dalam suku tahun keempat 2018 bank itu telah Melihat dua bursa pertukaran, 33 syarikat dan 24 pelabur dalam kalangan klien barunya, termasuk pembangun software, pelombong matawang kripto dan pembekal perkhidmatan.

Sepanjang tahun itu, deposit Silvergate daripada pelanggan kripto dilaporkan meningkat sebanyak $150.4 juta, atau dalam 11.4 peratus. Deposit pelabur matawang digital melihat penambahan sebanyak $4.8 juta kepada $577.5 juta, sementara baki startup bertambah sebanyak $46.4 juta, mencecah $273.9 juta.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/silvergate-bank-onboarded-59-new-crypto-customers-in-q4-2018

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads