Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Binance Mengumumkan Perkhidmatan Broker ‘Tunai-ke-Bitcoin’ di Australia

 

Pada 20 Mac, bursa pertukaran kripto Binance mengumumkan pelancaran Binance Lite Australia, “perkhidmatan broker tunai-ke-bitcoin di mana pengguna boleh membeli Bitcoin dengan cara deposit tunai di mana-mana rangkaian newsagent yang menyokongnya di seluruh Australia.”

Dalam sidang media bersama CryptoGlobe, Binance memanggil perkhidmatan baru itu “cara paling mudah untuk membeli Bitcoin dengan wang tunai di Australia,” dan berkata Binance Lite Australia menandakan “gateway fiat pertama dalam rantau blockchain, dan membekalkan perkhidmatan broker tunai-ke-bitcoin yang selamat dan boleh dipercayai melalui rangkaian 1,300++ newsagent yang disokong di seluruh Australia.”

Walaupun Binance Lite Australia hanya membenarkan satu jenis matawang kripto – Bitcoin – dan satu jenis bayaran – tunai dalam AUD – terdapat perancangan untuk menambah sokongan untuk pembelian matawang kripto lain dan juga menambah sokongan untuk pembayaran fiat lain di masa hadapan.

Terdapa tiga langkah untuk proses pembelian:

  • membuat satu pesanan seperti ini:

  • deposit wang tunai (di mana-mana cawangan newsagent yang disokong di Australia)
  • Terima bitcoin yang dipesan (beberapa minit kemudian)

Maklumat lain tentang perkhidmatan itu adalah:

  • anda tidak perlu mempunyai kerakyatan Australia untuk menggunakna Binance Lite Australia. Tetapi anda perlu menetap di Australia dengan “nombor telefon Australia yang sah” untuk menjalankan proses KYC buat kali pertama membuat pesanan, dan anda juga perlu berada di Australia untuk membuat deposit tunai.
  • Binance Lite Australia bukan bursa pertukaran kripto dan ia tidak akan memegang bitcoin yang dibeli. Bitcoin yang dibeli akan dihantar kepada alamat wallet yang telah dipilih.
  • Format wallet yang disokong adalah: Alamat legacy, yang bermula dengan nombor ‘1’; Alamat SegWit, yang bermula dengan nombor ‘3’; dan Alamat Bech32 yang bermula dengan ‘bc1’.
  • Binance Lite bukan sebahagian daripada bursa pertukaran Binance, ia dioperasikan secara persendirian oleh InvestBit Pty Ltd, iaitu pembekal perkhidmatan pertukaran matawang kripto yang berdaftar dengan AUSTRAC yang bekerja rapat dengan Binance.
  • Terdapat komisyen sebanyak 5% ditambah dengan GST untuk setiap pembelian Bitcoin dari Binance Lite.
  • Pembelian minima adalah AUD50 dan maksima adalah AUD2,500. Sewaktu fasa beta, jumlah pembelian maksima adalah AUD1,000. Hanya wang tunai $10 sahaja yang diterima.
  • Harga spot Bitcoin (dalam AUD) yang dipaparkan dalam laman web Binance Lite adalah berdasarkan purata kadar yang berbeza dari bursa pertukaran besar Australia.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/03/binance-unveils-a-cash-to-bitcoin-brokerage-service-in-australia/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads