Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

6 Bank Bekerjasama dengan IBM untuk Menggunakan XLM 

 

Stellar, blockchain yang bertujuan untuk menjadi alternatif desentralisasi untuk bank dan institusi, telah mencapai prestasi yang sangat baik dalam beberapa minggu yang lalu, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga tahap pembangunan dan implementasi teknologinya.

Pada 18 Mac, IBM mengumumkan enam bank antarabangsa telah menandatangani letter of intent (LOI) untuk implementasi teknologi IBM World Wire ke dalam infrastruktur mereka.

IBM World-Wire adalah rangkaian pembayaran yang dibangunkan oleh IBM berdasarkan blockchain Stellar yang membolehkan bank menggunakan dana secara serta merta dan menerokai perkhidmatan kewangan lain seperti penciptaan rangkaian mereka sendiri dan juga pengeluaran stablecoin sendiri.

Namun begitu, salah satu berita yang membawa sentimen positif kepada komuniti adalah selain daripada kelebihan di atas, penggunaan blockchain Stellar juga membolehkan bank menggunakan Stellar Lumens (XLM) sebagai matawang kripto pengantara untuk memudahkan pertukaran token.

Daripada enam bank tersebut, tiga sudah dikenalpasti oleh CoinDesk: RCBC dari FIlipina, Banco Bradesco dari Brazil, dan Bank Busan dari Korea Selatan. Selebihnya masih belum didedahkan kepada awam.

Jesse Lund, ketua blockchain untuk perkhidmatan kewangan IBM sangan teruja dengan jangkaan IBM dalam pasaran ini. Dia berharap IBM akan mempunyai kebolehan untuk menawarkan perkhidmatannya kepada bank di Amerika Syarikat tidak lama lagi. 

Dia berkata:

“Jadi kita akan bermula dengan pasaran di luar AS, tetapi ianya tidak lama sebelum kami menambah AS sebagai titik operasi. Ia dijangka berlaku dalam tahun ini; kami akan mencapainya dalam suku tahun ketiga atau keempat.”

Kerjasama antara Stellar dan IBM membawa hasil yang baik untuk kedua-dua pihak. IBM kini mempunyai teknologi yang bagus dan reputasi yang kuat sebagai pesaing dalam pasaran yang didominasi Ripple.

Stellar juga telah mencapai kredibiliti yang baik, dan token XLM telah melihat peningkatan selepas berita tentang kerjasama dengan IBM dan penyenaraiannya baru-baru ini di Coinbase Pro.

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/6-banks-partner-with-ibm-to-use-stellar-network-and-xlm-as-bridge-currency/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.