Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kolej Kripto: Coursera dan INSEAD Melancarkan Kelas Blockchain Online

 

Semakin matang industri matawang kripto, semakin banyak permintaan untuk kepakaran dalam blockchain. Untuk memenuhi keperluan itu, institut pendidikan online Coursera akan melancarkan kurikulum khusus, dengan kerjasama akademi perniagaan INSEAD, untuk membantu mendidik usahawan dalam teknologi baru itu.

Dinamakan “Blockhain Revolution for the Enterprise”, kurikulum baru itu bertujuan untuk membawa tahap pendidikan dan kemahiran yang tinggi kepada profesional yang mencari untuk implementasi blockchain ke dalam perniagaan mereka, atau memulakan projek berdasarkan blockchain mereka sendiri.

Kelas online baru itu akan mengajar peserta bagaimana untuk meletakkan diri mereka dalam ekosistem blockchain, menilai cabaran implementasi dan prospek projek blockchain, dan juga menilai kebolehan untuk implementasi blockchain dalam bidang kepakaran mereka sendiri.

Kurikulum itu menyertai kurses blockchain lain yang ditawarkan institut pendidikan terkemuka termasuk:

Pengkhususan empat-kursus (four-course specialization) itu akan diajar oleh usahawan teknologi dan pengasas Blockchain Research Institute, Don Tapscott. Don Tapscott, yang telah menulis buku mengenai revolusi teknologi sejak tahun 1980-an, melihat inovasi seterusnya dalam blockchain. Oleh kerana itu, organisasi beliau telah melancarkan lebih 80 projek mengenai penyelidikan, pembangunan, aplikasi dan implementasi teknologi blockchain sejak kewujudannya.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Dalam sidang media, Tapscott menyatakan pendidikan adalah faktor utama dalam penggunaan meluas blockchain ke dalam masyarakat. Beliau berkata:

“Mendidik pemimpin adalah kunci kepada mempercepatkan implementasi meluas blockchain. Melalui kerjasama dengan INSEAD dan Coursera, kami telah berjaya menubuhkan kursus online untuk blockchain dalam perniagaan.”

Kursus pertama dalam siri itu, Blockchain Revolution for the Enterprise Specialization, sudah boleh didapati di Coursera.

Sumber:

https://cryptobriefing.com/crypto-college-coursera-insead-classes/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.