Default – Above Header Ads

Morgan Creek Melabur dalam Firma Pengurusan Aset Kripto Ikigai

 

Morgan Creek Digital telah melabur jumlah yang tidak didedahkan ke dalam Ikigai Asset Management, firma perngurusan aset digital dan matawang kripto yang fokus kepada menjana pulangan tinggi yang diselaraskan dengan risiko untuk kliennya melalui pelaburan pra-ICO peringkat venture, menurut sidang media dengan Business Wire pada 20 Mac 2019.

Walaupun keadaan pasaran menurun masih belum berakhir, institusi yang progresif seperti Morgan Creek Digital milik Anthony Pompliano telah mula meletakkan posisinya secara strategik untuk menikmati dividen apabila keadaan pasaran sudah pulih.

Menurut sumber terdekat, Morgan Creek Digital telah mengumumkan bahawa ia akan menjadi ketua pelabur dalam firma pengurusan aset kripto Ikigai milik Travis King.

Ditubuhkan pada bulan Disember 2018 oleh bekas pengurus Portfolio Point72, Travis King, Timothy Lewis dan Anthony Emtman, Ikigai Asset Management dilaporkan fokus kepada membentuk dan melaksanakan strategi hedge fund dan juga peluang untuk pelaburan pra-ICO peringkat venture.

Menerangkan mengapa Ikigai adalah inisiatif pelaburan yang bagus, Rakan Kongsi Morgan Creek Digital Anthony Pompliano mengatakan:

“Ikigai telah mewujudkan platform yang kuat untuk memahami evolusi dan juga melabur dalam  Bitcoin dan aset kripto lain. Kami percaya sepenuhnya bahawa mereka mempunyai posisi yang baik untuk menjana pulangan berlipat kali ganda dalam beberapa tahun.”

Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Mark W. Yusko, bekas Ketua Pegawai Pelaburan di University of North Carolina’s Chapel Hill Endowment, Morgan Creek Capital Management adalah firma penasihat pelaburan yang berdaftar dengan SEC bernilai berbilion dolar, berkhidmat untuk pelabur dan pejabat keluarga.

Pada bulan Ogos 2018, Morgan Creek Capital Management bekerjasama dengan Bitwise Asset Management untuk menubuhkan Digital Asset Index Fund yang bertujuan untuk membantu pelabur institusi seperti dana pencen, endowmen dan lain-lain, untuk mendapat pendedahan kepada aset digital.

Digital Asset Index Fund menjejaki digital aset paling sihat dan boleh dilabur dan meliputi dalam 75 peratus daripada keseluruhan kapital pasaran aset digital.

Sumber:

https://btcmanager.com/morgan-creek-invests-in-ikigai-crypto-asset-management-firm/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads