Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

‘Empat Pembangunan Utama’ Tron termasuk zk-SNARKs untuk Dilancarkan Menjelang Q2 2019

 

Pembangun Tron (TRX), salah satu platform terbesar untuk membina dan melancar aplikasi desentralisasi (dApps), dilaporkan merancang untuk melancarkan satu set naik taraf dan peralatan baru untuk menambah baik fungsi rangkaian blockchain itu.

Misha Lederman, pengasas bersama IAmDecentralized.org, platform yang dicipta untuk menyokong pembangunan teknologi desentralisasi, menyatakan bahawa pembangunan utama Tron yang disenaraikan dalam tweet di atas akan dilancarkan dalam Q2 2019.

Selepas memperolehi BitTorrent tahun yang lalu untuk $140 juta, pengkalan data pengguna Tron telah bertambah secara signifikan kepada lebih 10 juta pengguna. Untuk menambah baik fungsi sedia ada BitTorrent dan token BTT, pembangun Tron akan melancarkan “BitTorrent Speed,” satu aplikasi untuk memberi ganjaran kepada peserta rangkaian dalam BTT untuk mendapatkan bandwidth dan seeding.

Pada 24 Februari, pengasas Tron, Justin Sun mengumumkan melalui Twitter bahawa naiktaraf berikut akan diintegrasi kepada platform pembangunan dApp (versi Tron 3.5):

Bitcoin Exchange CEX.IO
  • naik taraf hard fork (diaktifkan pada 28 Februari)
  • Multi-signature wallet dan ciri pengurusan akaun baru untuk pelabur institusi
  • Penyelarasan tenaga dinamik kepada prestasi rangkaian real-time
  • Penambahbaikan 50 peratus kepada prestasi dan penggunaan sumber
  • Keselamatan VM dan events server untuk dApp yang lebih baik

Selain daripada itu, kerjasama Antara Tether Ltd dan Tron Foundation akan melibatkan penciptaan stablecoin USDT baru yang mematuhi TRC-20 yang akan memberi kebolehoperasian dengan aplikasi dan protokol baru dalam ekosistem Tron.

Kumpulan pembangunan Tron merancang untuk integrasi teknologi privasi ZCash, zk-SNARKs – yang digunakan untuk memberi pengguna Tron pilihan untuk menjalankan transaksi yang privasi.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/03/tron-s-four-major-developments-including-zk-snarks-to-launch-by-q2-2019/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.