Default – Above Header Ads

Laporan Mendakwa Korelasi antara Bitcoin dan Altcoin Semakin Kecil

 

Pergerakan harga tidak menentu dalam pasaran kripto sepanjang setahun setengah yang lalu telah membuktikan kepada pelabur bahawa walaupun setiap altcoin besar mempunyai ciri unik dan use case, harga mereka tetap dipengaruhi secara signifikan oleh pergerakan harga keseluruhan pasaran kripto, lebih-lebih lagi Bitcoin.

Kini, laporan daripada kajian baru yang dijalankan dan diterbitkan oleh bursa pertukaran kripto Binance memberi gambaran keseluruhan tentang tahap korelasi antara Bitcoin, altcoin dan US Dollar, dan menunjukkan satu trend menarik yang dilihat berkembang dalam bulan-bulan pertama 2019 dan juga sepanjang tahun yang lalu.

Laporan itu, yang dikeluarkan pada 20 Mac oleh Binance Research menerokai korelasi antara beberapa tempoh masa dan beberapa matawang kripto dari segi pulangan, dan menunjukkan “elemen yang mungkin mempengaruhi kekuatan dan arah tuju korelasi itu.”

Penganalisa dan pelabur telah lama melihat korelasi yang tinggi antara hampir semua matawang kripto sebagai tanda pasaran yang tidak matang, oleh kerana hanya segelintir sahaja altcoin yang bergerak sendiri tidak kira bagaimana keadaan keseluruhan pasaran.

Laporan itu mengatakan bahawa korelasi pulangan antara pelbagai altcoin dan Bitcoin dalam masa tiga bulan lalu semakin mengecil.

“Korelasi pulangan aset kripto berdasarkan harga BTC menunjukkan korelasi yang rendah dalam kalangan aset kripto relatif kepada korelasi dalam kalangan matawang kripto yang sama dari segi pulangan dalam USD.”

Bitcoin Exchange CEX.IO

Ini menunjukkan bahawa dalam tahun 2018, kejatuhan harga Bitcoin – yang menyebabkan harga hampir semua altcoin jatuh mendadak – telah membawa kepada korelasi yang lebih rendah dalam kalangan matawang kripto – terutama dari segi pulangan monetari – yang mungkin bermakna kitaran harga di masa hadapan tidak akan menyebabkan keseluruhan pasaran untuk bergerak seiringan, dan altcoin individu akan bergerak sendiri. Jika trend ini berterusan, ia akan menandakan bahawa pasaran kripto semakin matang.

Walaupun korelasi antara altcoin dan Bitcoin semakin berkurang, pulangan mereka dalam USD semakin bertambah.

“Korelasi antara pulangan aset kripto dalam USD sebenarnya bertambah apabila dua tempoh masa yang sama dibandingkan,” menurut laporan itu, menambah bahawa korelasi ini “bertembung dengan kenaikan dominasi pasangan stablecoin sewaktu 2018 dan sejajar dengan penurunan dalam sumbangan pasangan BTC kepada jumlah perdagangan keseluruhan industri.”

Semakin banyak bursa pertukaran menawarkan pasangan USD, dan semakin banyak stablecoin masuk ke dalam pasaran, kemungkinan besar perdagangan altcoin kepada BTC akan semakin berkurang, yang juga akan meneruskan trend decorrelation kini, membawa kepada kematangan pasaran.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/03/21/report-claims-bitcoin-and-altcoin-correlation-slowly-fading-could-this-be-a-sign-of-a-maturing-market/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads