Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Adakah Hard Fork Monero Membantu Pelombong GPU?

 

Monero telah menjalankan hard fork pada 9 Mac 2019, menyebabkan kejatuhan hash rate lebih 80% dan kehilangan pelombong ASIC dari rangkaian blockchain itu. Ini adalah perkembangan terkini dalam peperangan Monero terhadap ASIC, yang bertujuan untuk menghalang terlalu banyak kuasa pemusatan dalam kuasa hash perlombongan.

Monero menjalankan hard fork anti-ASIC pertamanya pada bulan April 2018 untuk menentang peralatan perlombongan ASIC seperti Antminer X3. Monero Core Team menyuarakan kebimbangan mereka tentang manipulasi kerajaan dan peraturan yang diletakkan ke atas rangkaian itu dan selepas itu memberi komitmen untuk melawan ASIC, membina strategi untuk menjalankan hard fork yang akan menghalang ASIC daripada beroperasi dalam rangkaian itu.

Pengenalan protokol PoW anti-ASIC Monero telah menyebabkan kejatuhan dalam hash rate dan menambah keuntungan untuk pelombong GPU yang selalunya melombong coin lain. Namun begitu, hash rate sudahpun mula naik kembali, pulih kepada 313.75 Mh/s dari 95 Mh/s.

Kejatuhan hash rate Monero menjadikan ia antara coin paling untung untuk dilombong untuk satu tempoh masa, tetapi melalui teori supply dan demand, hash rate Monero sudah kembali ke asal. Pasaran kripto tidak respon begitu baik kepada hard fork seperti yang dijangka, dan respon itu mungkin disebabkan kebanyakan mining farm dan peralatan perlombongan GPU memerlukan terlalu banyak kerja manual untuk mengubah algoritma perlombongan – walaupun software itu sudah bertambah baik.

Naik taraf Monero juga telah memperkenalkan perubahan dari segi keselamatan kepada algoritma blok yang dinamik itu untuk mengelakkan daripada serangan ‘big bang’. Kekal dengan asal usulnya sebagai coin privasi, naik taraf itu memperkenalkan dummy ID pembayaran berenkripsi, menambah baik kesamaan (homogeneity) setiap transaksi.

Oleh itu, hard fork terkini adalah penambah baikan kepada prinsip Monero tentang privasi, keselamatan dan desentralisasi. Tambahan lagi, ia adalah peluang untuk pelombong GPU dan menunjukkan jika anda progresif, terdapat peluang besar untuk mendapat keuntungan melalui perlombongan GPU.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/03/the-monero-hard-fork-did-it-help-gpu-miners/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.