QuadrigaCX Tidak akan Hilang Kunci Kripto Jika Ia Berada di Bermuda, Menurut Premier
Premier Bermuda, David Burt, berkata bahawa situasi seperti QuadrigaCX tidak akan berlaku di Bermuda kerana peraturan sedia ada negara itu berkaitan matawang kripto. Burt membuat kenyataannya dalam temubual di “Balancing the Ledger” Fortune pada 25 Mac.
Burt memberi komennya Berikutan kes kematian pengasas QuadrigaCX, Gerald Cotten bulan Disember lalu, dan masalah kewangan yang sedang dihadapi bursa pertukaran itu kini. QuadrigaCX sehingga kini masih belum mendapat akses kepada cold wallet yang menyimpan hampir semua asetnya, kerana Cotten adalah satu-satunya individu yang memegang private key.
Burt berkata dalam temubual itu:
“Jika Quadriga mendapat lesen di bawah Bermuda Monetary Authority, apa yang telah berlaku mungkin tidak akan berlaku, kerana kami mempunyai peraturan mengenai penjagaan master key dan memastikan ia tidak dipegang oleh seseorang individu sahaja.”
Burt membincangkan tentang Digital Asset Business Act 2018 Negara itu, rejim peraturan baru yang meletakkan sempadan jelas untuk perniagaan yang berkaitan dengan blockchain dan matawang kripto, dan melindungi hak klien mereka.
“Peraturan itu menyatakan apa yang perlu anda lakukan dengan master key, bagaimana ia perlu diuruskan dan memastikan ia tidak hilang, atau jika ia hilang, perlu ada cara untuk mendapatkannya kembali.”
Bermuda dikenali dengan pendirian mesra blockchain dan kripto. Tahun yang lalu, kerajaan Bermuda mengumumkan bahawa mereka dalam perancangan untuk menggubal semula Akta Perbankan negara itu untuk menubuhkan kelas bank baru untuk memberi perkhidmatan kepada organisasi fintech dan blockchain tempatan.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!