Default – Above Header Ads

Komuniti Ethereum Dilaporkan Bersetuju dengan Algoritma Konsensus Baru

 

“Cat Herders” Ethereum, satu kumpulan konsultan yang dilaporkan bertanggungjawab untuk “memeriksa dan mencari pihak ketiga” untuk menjalankan audit terhadap programmatic proof-of-work (ProgPoW), satu konsensus algoritma baru untuk blockchain Ethereum, telah mendedahkan tentang bagaimana dan mengapa kumpulan mereka dibentuk.

Dalam terbitan blog Medium pada 25 Mac oleh Jameson Hudson, seorang pembangun Ethereum dan “communicative programmer”, Cat Herder Ethereum menjelaskan bahawa “kerana evolusi pemikiran yang menyebabkan penangguhan dalam langkah Ethereum” dari konsensus proof-of-work (PoW) kepada proof-of-stake (PoS), terdapat kerisauan yang semakin bertambah terhadap versi PoW sedia ada Ethereum, Ethash, yang mungkin boleh “dipermainkan.”

Menurut Hudson, kepercayaan bahawa Ethash “boleh dipermainkan” oleh pelombong yang menggunakan cip ASIC yang mahal datang sebahagian daripada kenyataan bahawa mereka yang menggunakan peralatan perlombongan berkuasa tinggi boleh “memonopoli” hash rate rangkaian Ethereum. Ini, menurut ramai, akan membawa kepada “ancaman pemusatan.”

Seperti yang Hudson katakan dalam terbitan blog itu, “satu kumpulan kecil komuniti”, yang dipanggil IfDefElse, pada mulanya telah mencadangkan ProgPoW digunakan dan komuniti Ethereum mempertimbangkan integrasinya dalam hard fork smart contract seterusnya.

Dalam suatu mesyuarat oleh pembangun Ethereum pada awal Februari, ia dilaporkan telah mencapai keputusan untuk menjalankan proses audit ke atas ProgPoW. Buat masa ini, Cat Herders Ethereum telah “mengenalpasti dua tugas utama berkaitan audit ProgPoW, menurut Hudson. Ini termasuk “menilai sentimen komuniti” terhadap implementasi ProgPoW dan juga menjalankan “audit teknikal” ProgPoW.

Hudson mendedahkan bahawa pada masa dia menerbitkan penulisannya di Medium, hasil survey menunjukkan “persetujuan yang sangat besar” untuk implementasi ProgPoW.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/03/ethereum-community-overwhelmingly-in-favor-of-integrating-progpow-ethereum-developer-reports/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.