Default – Above Header Ads

Profesor Cornell Yang Pro-Bitcoin Menyatakan Keperluan untuk Kripto Melepasi $1 Trilion

 

Menurut salah satu profesor Cornell yang pakar dalam sains komputer dan penyokong Bitcoin, Emin Gun Sirer, kripto tidak akan dapat melepasi penilaian kolektif $1 trilion sehinggalah beberapa keperluan dipenuhi. Beliau percaya bahawa dengan pembangunan industri, “musim sejuk kripto akan berakhir” – akhirnya.

Sirer baru-baru ini menulis di Twitter bahawa pasaran kripto mencecah $700 bilion dengan “teknologi yang pada asasnya tidak boleh diskalakan”, merujuk kepada pasaran yang naik mendadak pada penghujung 2017. Walaupun sebahagian begitu pasti pasaran akan mencecah $1 trilion ketika itu, hakikatnya pasaran telah jatuh semenjak itu.

Menurut Emin Gün Sirer di Twitter pada 28 Mac:

“Musim sejuk kripto akan berakhir. Kita mencapat $700 bilion dengan teknologi yang tidak boleh diskalakan pada asasnya. Kita akan mengatasi $1T apabila kita tahu cara untuk menskalakan kripto, bagaimana untuk membina penyelesaian tanpa penjaga (non-custodial), bagaimana untuk membuat lapisan aplikasi yang orang lain ingin guna dan itu akan membawa hasil positif kepada masyarakat.”

Namun begitu, Sirer percaya dengan penyelesaian penskalaan seperti Lightning Network dan Proof-of-Stake Ethereum; penyelesaian tanpa penjaga, yang akan mengurangkan risiko godaman (seperti DragonEx dan Bithumb); use case yang boleh membawa kepada hasil positif kepada masyarakat akan membawa kepada kenaikan pasaran kripto ini.

Walaupun Sirer beranggapan bahawa pasaran kripto memerlukan pembangunan teknikal untuk mengatasi milestone $1 trilion, beberapa pundit baru-baru ini mendakwa bahawa ini tidak begitu tepat.

Bitcoin Exchange CEX.IO

PlanB, seorang penyelidik industri, baru-baru ini mendakwa bahawa pengurangan ganjaran blok 2020 akan menjadi pemankin yang akan mengangkat BTC kepada lebih $50,000. Seperti yang dilaporkan NewsBTC Sebelum ini, penganalisa itu berkata bahawa Bitcoin mengikuti trend linear yang berkaitan dengan penilaian aset ratio stok-ke-aliran (SF), dan ia akan membolehkan nilai agregat semua BTC mencecah $1 trilion.

Walaupun $55,000 setiap BTC tidak masuk akal untuk ramai orang, PlanB menulis bahawa wang dari perak, emas, ekonomi kadar faedah negatif, negara yang dikawal autoritarian dan kapital, jutawan yang mencari quantitative easing hedge, pelabur institusi akan masuk ke dalam ruangan ini akhirnya. Ini mungkin angan-angan semata-mata, tetapi ramai yang menjangkan ia akan terjadi, lebih-lebih lagi dengan peningkatan dalam hiperinflasi, penyalahgunaan fiscal dan spekulator mencari peluang pelaburan alternatif.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/03/31/what-a-bitcoin-friendly-cornell-prof-thinks-will-propel-crypto-past-1-trillion/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads