Default – Above Header Ads

Startup Kripto, Coinbase, Secara Senyap Melancarkan Perkhidmatan Pembayaran XRP

 

Pada 1 April, laporan muncul menyatakan Coinbase, startup kripto terkemuka dunia, telah melancarkan satu produk secara senyap. Perkhidmatan itu boleh dijumpai di bawah redirect “International” di laman web firma itu, dan dengan sebab yang tidak diketahui, tidak diumumkan kepada awam.

Perkhidmatan ini, yang membolehkan pengguna “menghantar wang ke antarabangsa secara percuma,” akan menggunakan USDC, stablecoin yang dilancarkan oleh rakan kongsi CENTRE Coinbase dan Circle, dan XRP, ditambah beberapa minggu yang lalu setelah beberapa bulan hype. Dan ya, ini bukan lawak April Fools’.

Ia akan membolehkan pengguna menghantar aset digital “melepasi sempadan secara virtual serta-merta” kepada negara yang disokong Coinbase, yang akan ditukar kepada matawang tempatan. Walaupun ia kedengaran seperti pengiriman berdasarkan blockchain, firma itu dengan jelas menyatakan ia bukan perkhidmatan pengiriman. Coinbase International memproses transaksi secara percuma, kerana syarikat itu akan menghantar pemindahan lejar kripto dalam bukunya sendiri, dan bukannya on-chain.

Seorang wakil firma itu memberitahu CoinDesk bahawa International direka untuk menjadi “sumber pendidikan” untuk pengguna belajar tentang kelebihan menggunakan matawang digital, sama ada Bitcoin, XRP atau lain-lain dalam pembayaran merentasi sempadan.

Apa yang menarik adalah Keputusan Coinbase untuk kekal dengan XRP dan USDC yang mengejutkan penyokong Bitcoin, dan ramai yang sudah menjauhi bursa pertukaran itu. Walaupun begitu, firma itu melakukannya kerana sebab yang kukuh.

Seperti yang diterangkan grafik di bawah, transaksi XRP mengambil masa tiga hingga lima saat untuk diproses di lejarnya dan kosnya di bawah 1 sen. Perkara ini sama dengan USDC, dengan token berdasarkan Ethereum itu mengambil masa ~15 saat untuk dihantar dengan yuran $1. Pada masa sama, pemindahan bank klasik mengambil masa sehingga 24 jam, dan mempunyai kos lebih $30.

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/crypto-startup-coinbase-xrp-payment/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.