Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pinjaman Bersandarkan Kripto Kekal Popular dalam Kalangan Pelabur Walaupun dengan Risiko

 

Blockchain mempunyai banyak kegunaan dari segi pinjaman wang. Ia telah dilancarkan di mana ia membantu menguruskan hal ehwal credit union dan platform pinjaman seperti SoFi yang telah bekerjasama dengan platform kripto.

Menurut laporan Bloomberg pada 2 April, terdapat peningkatan dalam pemberi pinjaman kripto sejak kebelakangan ini. Pemberi pinjaman ini akan memberi pinjaman tunai kepada individu dengan peminjam tersebut memberi matawang kripto mereka sebagai kolateral.

Salah satu sebab mengapa pinjaman kripto semakin popular baru-baru ini adalah kerana sifat transaksi itu yang bebas cukai.

Bekas pedagang Wall Street, Edgar Fernandez telah membuat pinjaman sebanyak $100,000 menggunakan Bitcoin sebagai kolateral. Dalam situasi biasa, dia akan perlu membayar cukai, tetapi kerana matawang kripto dianggap sebagai aset di bawah undang-undang percukaian Amerika Syarikat, dia tidak akan dicukai untuk pinjamannya.

Hakikat ini telah membantu sub-pasaran khusus untuk pinjaman bersandarkan kripto sebagai kolateral untuk berkembang.

Sudah tentu ia bukanlah satu sistem yang sempurna dan masih terdapat beberapa isu, terutama ketidakstabilan pasaran kripto dan seterusnya, susut nilai kolateral. Dalam kes kejatuhan harga kripto, peminjam mungkin perlu membeli lebih banyak matawang kripto untuk membayar perbezaannya, pada masa sama kolateral asal tadi akan dijual untuk membayar balik pinjaman itu.

EXMO affiliate program

Satu lagi perkara yang perlu diingati adalah matawang kripto peminjam berisiko untuk dicuri dalam jagaan pemberi pinjaman. Walaupun begitu, pasaran pinjaman ini terus berkembang. Genesis Capital, pemberi pinjaman matawang kripto yang beroperasi di Jersey City, NJ, subsidiari kepada Genesis Trading, berkata ia telah memberi pinjaman tunai sebanyak $1.1 bilion dalam tahun 2018 sahaja.

Sumber:

https://btcmanager.com/cryptocurrency-backed-loans-remain-popular-among-investors-despite-risks/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.