Default – Above Header Ads

Penganalisa Tone Vays Berkata Kenaikan Pasaran Kripto Mungkin Tiada Pemangkin Spesifik

 

Penganalisa Bitcoin Tone Vays berkata kenaikan dalam pasaran kripto baru-baru ini mungkin tiada pemangkin spesifik, dan harga rendah masih boleh berlaku dalam temubual bersama Cointelegraph pada 2 April.

Bercakap tentang faktor kenakan Bitcoin pada malam 2 April, Vays berkata bahawa pencetus bukan sesuatu yang pasti, mengatakan ianya boleh jadi spekulasi dan “Bitcoin tidak berbeza dari aset yang lain.”

Vays berkata bahawa dia sentiasa menjangka Bitcoin akan melonjak ke $5,000 apabila ia melepasi tahap rintangan $4,200, walaupun dia tidak menjangka Bitcoin akan melepasi $5,400 minggu ini. Vays menambah:

Short adalah mudah dicairkan, terdapat beberapa short, semakin ramai orang menyertai hype dan banyak media mencari pencetus yang menyebabkan kejatuhan dan kenaikan yang besar. Saya berpendapat selalunya mereka hanya cuba memadankan berita kepada sesuatu yang kadang kala tidak memerlukan berita untuk berlaku.”

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph baru-baru ini,  beberapa orang telah mencadangkan bahawa pelabur yang menukar pound kepada Bitcoin Sebelum Brexit – yang dijadualkan akan berlaku pada pertengahan bulan April – mungkin boleh jadi pencetus, sementara yang lain mengatakan faktornya adalah perdagangan yang algorithmic.

Pada 4 April, Bloomberg telah melaporkan bahawa jumlah wallet Bitcoin yang aktif telah meningkat dalam dua minggu sebelum kenaikan itu. Khususnya, 40 hingga 50 peratus daripada semua Bitcoin yang disimpan dalam wallet digital yang tidak aktif dari satu hingga enam bulan, sementara puratanya dilaporkan adalah 10 peratus sejak 15 Mac.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitcoin-analyst-tone-vays-says-crypto-market-surge-may-have-no-specific-catalyst

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads