Default – Above Header Ads

Brazil Mencapai Rekod Perdagangan 100,000 Bitcoin dalam 24 Jam

 

Brazil, ekonomi terbesar Amerika Latin, memecah rekod apabila bursa Brazil berdagang lebih 100 ribu Bitcoin dalam masa 24 jam. Pada masa sama, Brazil melaporkan Aktiviti ekonominya dalam Februari jatuh ke tahap terendah dalam sembilan bulan.

Pertarungan antara Brazil dan Argentina untuk dominasi dalam pasaran Bitcoin di Amerika Latin telah mencecah dimensi baru. Cointrader Monitor, alat pemantau yang menganalisa pergerakan harga Bitcoin di Brazil mengumumkan bahawa bursa pertukaran Brazil mendagangkan lebih 100,000 BTC pada 10 April 2019.

 

Peningkatan dalam jumlah perdagangan Bitcoin ini bertepatan dengan kenaikan baru-baru ini dalam nilai Bitcoin, mengatasi harga Bitcoin di BRL 20,000. Hasilnya, pada 10 April, jumlah Bitcoin yang didagangkan adalah lebih BRL 2 bilion (1 USD = 3.9 BRL) seperti yang ditunjukkan dalam graf di bawah:

Penguatkuasa dan bank tradisional telah mengubah bursa pertukaran Bitcoin Brazil. Contohnya, beberapa bursa pertukaran Bitcoin Brazil, seperti Bitcoin Market, telah menemui akaun bank mereka ditutup kerana hakim menetapkan bahawa bank tradisional boleh menutup akaun bursa pertukaran matawang kripto sesuka hati mereka.

Baru-baru ini, Santander Bank telah menutup akaun bursa pertukaran Bitcoin Max. Selepas kes mahkamah, hakim telah menolak permintaan Bitcoin Max untuk membukan semula akaun banknya. Namun begitu, Februari yang lalu, seorang hakim lain telah menterbalikkan keputusan itu kerana Santander Bank gagal memberi “komunikasi bertulis tentang keputusannya untuk menutup akaun bank itu”.

Walaupun dengan pelbagai halangan kepada pembangunan kripto di negara itu, realiti ekonomi Brazil menunjukkan sesuatu yang berbeza.

Menurut Reuters, pada Februari 2019, aktiviti ekonomi negara itu adalah yang terendah dalam sembilan bulan, menambah,

“Indeks aktiviti ekonomi IBC-BR bank pusat, indikator tentang GDP, telah jatuh 0.73 peratus di Februari daripada Januari. Ia berikutan kejatuhan yang diselaraskan sebanyak 0.31 peratus di Januari, kejatuhan kecil daripada laporan pertama.”

Jadi, ramai yang menunjuk kepada kesukaran ekonomi sebagai salah satu sebab mengapa pasaran kripto di negara itu berkembang, menurut The Rio Times.

Sumber: 

https://bitcoinist.com/brazil-bitcoin-record-trading-volume-100k/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.