Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pencarian Harta Karun Bitcoin Satoshi Bernilai USD$1 Juta Dilancarkan di Blockstream Satellite

 

Satu lagi pencarian harta karun Bitcoin telah dilancarkan, kini bernilai USD$1 juta dalam Bitcoin.

Satoshi’s Treasure, direka bentuk untuk “menguji keazaman, keberanian, kebijaksanaan dan kecanggihan [sic] pemburu,” telah dilancarkan melalui penyiaran ke Blockstream Satellite minggu ini, memberi gamesters, pemburu dan jutawan akan datang peluang untuk memiliki 198 BTC pada kadar semasa.

Pencarian harta karun terakhir adalah di Perancis pada bulan Januari tahun ini apabila artis kripto Perancis Pascal Boyart menyembunyikan public key kepada BTC bernilai USD$1,000 dalam muralnya berdasarkan seni lukisan Delacroix, “Liberty Leading the People” sempena pembantah yellow vest yang membantah pemotongan kerajaan di Paris.

Gamemaster anonymous kali ini telah menaikkan nilai harta karun secara signifikan mencadangkan mereka akan memberi petunjuk kepada ganjaran satu juta dollar di laman web satoshistreasure.xyz dengan tiga magic keys yang akan datang. Mesej di laman web itu membaca:

“APA YANG KAU BACA ADALAH PETUNJUK PERTAMA DALAM PENCARIAN BESAR INI. INI BUKANLAN PENCARIAN PERTAMA, DAN IA JUGA BUKAN YANG TERAKHIR, TETAPI PENCARIAN INI ADALAH MILIKKU, JADI KEPADA AKULAH KAU PERLU MEMBUKTIKAN DIRIMU.”

Cabaran dalam Satoshi’s Treasure adalah untuk mencari 400 daripada seribu keping private key Bitcoin yang disembunyikan itu merujuk kepada proses ini sebagai “memecahkan sihir ahli sihir Shamir”, satu cara yang digunakan pakar kriptografi Israel Adi Shamir yang dikatakan pencipta asal mekanisme perkongsian kunci, dan bukannya sihir dalam filem Lord of the Rings.

Tiga kunci pertama akan diberi dalam masa tiga hari akan datang di tiga lokasi berbeza di seluruh dunia menurut mesej asal. Mereka yang ingin menyelesaikan teka-teki itu menggunakan “sihir penggabungan semula” Shamir, gamemaster itu mengatakan kepada pengikutnya, “harta karun itu akan menjadi milikmu speenuhnya.”

Sumber:

https://bitcoinnews.com/satoshis-1-million-bitcoin-treasure-hunt-hits-blockstream-satellite/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.