Default – Above Header Ads

Liquid.com Menjadi Startup Matawang Kripto Jepun Kedua Yang Bernilai $1 Bilion

 

liquid.com, platform matawang kripto beroperasi di Jepun, mengumumkan penutupan pusingan dana Series C dengan jayanya, yang melihat syarikat itu mencapai penilaian lebih $1 bilion – menjadikan ia satu daripada dua syarikat teknologi unicorn dalam industri startup negara itu. Liquid mengambil masa kurang daripada lima tahun untuk mencapai penilaian $1 bilion ini.

Dana Series C ini akan digunakan untuk tujuan perkembangan global dan pembangunan produk. Pusingan dana itu diketuai oleh IDG Capital dan Bitmain Technologies, satu daripada pengeluar terbesar peralatan perlombongan kripto di dunia. IDG Capital sudah melabur dalam Coinbase, Ripple, Bitmain dan syarikat matawang kripto Kakao, dan Bitmain Technologies baru-baru ini melabur dalam ErisX, platform perdagangan derivatif dan aset kripto yang bermatlamat untuk mendapatkan lesen dari CFTC.

Pengasas bersama Bitmain, Jihan Wu, yang baru-baru ini menarik diri dari menjadi CEO selepas tahun yang teruk, berkata melalui sidang media:

“Jepun adalah salah satu daripada negara di hadapan dalam meletakkan industri kripto di bawah peraturan yang efektif, dan Liquid Group telah membuktikan dirinya pemain yang hebat dalam persekitaran peraturan itu. Ini sangat penting dan unik dalam kalangan pesaing global.”

Rakan kongsi di IDG Capital, Young Gao, juga berkata:

“IDG telah aktif melabur dalam ruangan kripto sejak 2012, mengenal pasti beberapa pemain utama awal. Kami menjumpai bahawa Tokyo telah muncul sebagai destinasi utama untuk inovasi kripto dan ia adalah penghormatan bagi kami untuk menyokong perintis berwawasan seperti pengasas bersama Liquid, Mike Karamori dan Mario Gomez Lozada untuk menjalankan inovasi ini.”

CEO Liquid Mike Karamori memberi kenyataan yang positif selepas pusingan dana itu:

“Apabila kita masuk ke dalam era baru disruption digital dalam perkhidmatan kewangan, pelanggan semakin banyak meletakkan nilai yang lebih tinggi kepada aset digital dan teknologi yang mereka boleh percaya dan guna dengan mudah. Visi kami adalah untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses semua, bermakna membawa lebih banyak orang masuk ke ruangan aset digital supaya sesiapa sahaja boleh menyertainya. Pusingan pertama dana Series C ini dari dua pelabur yang dihormati, IDG Capital dan Bitmain, meletakkan kami di kedudukan yang kuat untuk melakukan impak global di tahun 2019.”

Sumber:

https://bitcoinist.com/cryptocurrency-startup-becomes-japans-2nd-billion-dollar-tech-unicorn/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads