Facebook Dikatakan Mencari Dana Sebanyak $1 Bilion untuk Projek Kripto
Media sosial gergasi Facebook dikatakan mencari untuk mengutip dana sebanyak $1 bilion dari luar untuk projek matawang kriptonya.
Nathaniel Popper, seorang wartawan teknologi di New York Times, mengeluarkan tweet pada 8 April bahawa sumber mengatakan Fasebook mensasarkan “jumlah yang besar – sehingga $1b” dari venture capitalist untuk menyokong usaha stablecoin itu. Syarikat itu akan menggunakan dana itu sebagai kolateral untuk menyandarkan token itu, satu individu memberitahu wartawan itu.
Komen itu masih belum disahkan oleh Facebook atau pelabur lain.
Facebook sedang membangunkan stablecoinnya sendiri untuk pemindahan wang melalui Whatsapp, seperti yang didedahkan Disember lalu. Stablecoin mungkin akan disandarkan pada “bakul matawang asing yang disimpan dalam akaun bank,” menurut tweet Popper lagi.
Facebook juga merancang untuk menyenaraikan stablecoinnya di bursa pertukaran matawang, memberitahu platform di Februari bahawa ia menjangka untuk mengeluarkan produk itu di separuh tahun pertama 2019.
Walaupun Facebook jauh daripada tidak cukup dana, melibatkan pelabur luar dalam projek stablecoin itu boleh membantu Facebook mempamerkan projek matawang kripto ituu sebagai “lebih desentralisasi dan kurang dikawal” oleh Facebook, menurut sumber Popper. Syarikat itu mempunyai $44 bilion dalam tunai dan bersamaan setakat April 2018, Menurut CNBC.
Awal tahun ini, penganalisa Barclays Ross Sandler menjangka projek matawang kripto boleh menambah keuntungan dari $3 bilion hingga $19 bilion menjelang 2021.
Sumber:
https://www.coindesk.com/facebook-said-to-be-seeking-1-billion-in-funding-for-crypto-project
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!