Default – Above Header Ads

Bank Frick Melancarkan Penjejak BTC-ETH Bersama-sama Bitcoin Suisse

 

Bank Frick yang beroperasi di Liechtenstein telah mengeluarkan penjejak aktif berdasarkan Bitcoin dan Ethereum bersama-sama firma kewangan digital Bitcoin Suisse, firma itu mengumumkan pada 9 April.

Bermula 10 April, Bank Frick akan menawarkan pelabur institusi dan berkelayakan akses kepada penjejak BTC-ETH, di mana sijil akan mengambil bentuk sekuriti klasik dan token, menurut sidang media Bank Frick.

Dalam inisiatif baru itu, Bank Frick akan mengambil peranan pengeluar yang akan bertanggungjawab mengeluarkan sijil kripto, yang akan mensasarkan pelabur berkelayakan secara eksklusif. Bitcoin Suisse pula akan menjadi broker kripto dan bertanggungjawab untuk melaksanakan transaksi Bitcoin dan Ethereum melalui bursa pertukaran global.

Pengumuman itu mengikuti berita terbaru tentang pelantikan ketua perbankan blockchain Bank Frick sebagai CEO baru subsidiari Liechtenstein Bitcoin Suisse. Pada 8 April, Bank Frick mendedahkan bahawa pakar blockchain Mauro Casellini akan menyertai Bitcoin Suisse pada 1 Julai untuk memantau perkembangan subsidiari tempatan.

CEO Bank Frick Edi Woegerer menerangkan kolaborasi sedia ada antara Bank Frick dan Bitcoin Suisse, menyatakan bahawa Bitcoin Suisse adalah broker kripto penting untuk Bank Frick, sementara Bitcoin Suisse menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Frick, dan kedua-dua syarikat itu berkongsi ramai klien yang sama.

Pada bulan Februari, Bank Frick melancarkan platform perdagangan matawang kripto institusi subsidiari yang dipanggil DLT Markets. Dengan memulakan langkah itu, bank itu dilaporkan ingin menawarkan pelabur institusi “akses kepada kelas aset token digital di bursa pertukaran yang dikawal selia sepenuhnya dan selamat.”

Tahun yang lalu, Bank Frick mengumumkan ia akan menawarkan pelaburan secara langsung dan cold storage untuk lima matawang kripto: Bitcoin, Ethereum, Ripple (XRP), Bitcoin Cash, dan Litecoin.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bank-frick-launches-btc-eth-tracker-along-with-partner-bitcoin-suisse

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads