Default – Above Header Ads

‘In Crypto We Trust’: CEO Circle Bercakap Mempromosi Blockchain di Mesyuarat IMF

 

Alat pembayaran digital termasuk Bitcoin dan projek matawang kripto lain memang telah mengubah cara pelanggan membuat transaksi. Namun begitu, teknologi digital yang terbaik dan tercanggih pun akan gagal jika pengguna tidak percaya kepadanya.

Ini adalah mesej yang ditekankan di mesyuarat International Monetary Fund yang diadakan di Washington, D.C. pada 10 April.

 

Dipanggil “Money and Payments in the Digital Age,” satu perbincangan yang melibatkan wakil dari bank pusat dan startup teknologi. Ahli panel berkongsi pendapat mereka tentang bagaimana ekonomi sedang dibentuk semula oleh matawang kripto dan teknologi digital lain.

Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde, berkata penggunaan wang tunai semakin berkurang dalam negara seluruh dunia. Contohnya, di Sweden hanya 13% daripada transaksi diselesaikan dengan wang tunai tahun lalu, katanya.

Pelanggan semakin banyak menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat pembelian dengan platform pembayaran digital, walaupun Bitcoin masih belum digunakan sebagai instrumen pembayaran secara meluas.

Ini adalah satu dilema untuk bank. Lagarde berkata bank pusat patut mempertimbangkan matawang digital. Dalam mesyuarat itu, dia menambah:

“Bank perlu implementasi [blockchain] untuk bertahan, atau hilang. Mereka perlu membuat keputusan untuk [menggunakan] tunai atau tidak.”

Jeremy Allaire, pengasas bersama dan CEO Circle telah mengambil peluang panel itu untuk menerangkan mengapa matawang kripto seperti bitcoin adalah aset yang sangat menarik.

Berkata “dalam kripto kita percaya (in crypto we trust)” adalah cara yang efektif untuk berkata “kami percaya dalam matematik”, menurut Allaire. Dia menambah memandangkan asasnya dalam matematik, kriptografi adalah cara yang selamat untuk membina sistem desentralisasi. Dalam erti kata lain, ia boleh dipercayai.

Circle beroperasi sebagai bursa pertukaran matawang kripto dan juga adalah pengeluar stablecoin USDC.

Sarah Youngwood, CFO bahagian Perbankan Pelanggan dan Komuniti di JP Morgan, juga menambah tentang kelebihan blockchain.

“Dengan blockchain, kita boleh meletakkan maklumat di atas lejar supaya jelas ia adalah pemain yang baik dan transaksi yang baik serta merta berbanding menunggi pengesahan [dengan cara tradisional].”

JPMorgan, seperti yang dilaporkan CCN, sedang berusaha keras membangunakan matawang digital berdasarkan blockchain yang ia rancang untuk keluarkan kepada klien korporatnya.

Sumber:

https://www.ccn.com/in-crypto-we-trust-circle-ceo-pumps-blockchain-at-imf-meeting

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.