Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bittrex Membalas Penafian NYDFS tentang Aplikasi BitLicense, Menyebut Kesilapan Fakta

 

Bursa pertukaran matawang kripto Bittrex yang beroperasi di Amerika Syarikat telah membalas penafian Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York (NYDFS) tentang aplikasi BitLicense syarikat itu dalam sidang media yang diterbitkan pada 10 April.

Awal hari itu, NYDFS menafikan aplikasi Bittrex untuk BitLicense – yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan berkaitan matawang virtual di negeri New York – mendakwa bursa pertukaran itu tidak mempunyai polisi dan kawalan yang mencukupi berkenaan AML dan KYC dan standard Office of Foreign Assets Control (OFAC).

Dalam maklum balasnya, Bittex menyatakan kekecewaannya dalam keputusan NYDFS dan mengatakan bahawa peraturan itu “menjejaskan dan bukannya melindungi pelanggan New York.” Bursa pertukaran itu juga menjelaskan pertentangan pendapatnya dengan dakwaan NYDFS berkaitan praktis pematuhan dan AML syarikat itu.

Bittrex mengatakan bahawa ia “mengekalkan rangka kerja penilaian risiko, diluluskan oleh peguam luar, dan melatih pekerja syarikat itu sepenuhnya dalam polisi dan prosedur AML.” Bursa pertukaran itu juga mengatakan ia “menapis  untuk specially designated nationals (SDN) apabila seorang pelanggan membuka akaun, dan menjejak semua kemas kini SDN dari OFAC, memeriksa pelanggan kami jika perlu…”

Tambahan lagi, Bittrex mengatakan bahawa NYDFS menetapkan keperluan kapital yang melebihi negeri-negeri lain. Keperluan itu berdasarkan formula sedia ada penyimpanan hot wallet berlawan dengan cold wallet, dan tidak mengambil pertimbangan jenis-jenis coin yang disenaraikan oleh Bittrex dan mengabaikan risiko selalu memindahkan aset dari penyimpanan hot kepada cold.

Bittrex mendakwa dalam sidang media itu ia menawarkan bon untuk merangkumi kesemua kapital klien New York, tetapi ditolak. Bursa pertukaran itu juga mengatakan bahawa surat daripada NYDFS mengandungi beberapa kesalahan fakta dari segi implementasi pemantauan transaksi, rangka kerja penilaian risiko, dan memeriksa pelanggan, dan lain-lain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bittrex-responds-to-nydfs-denial-of-bitlicense-application-cites-factual-inaccuracies

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.