Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jutawan Kripto Xhao Dong Melihat BTC Kekal Bawah $6,000 untuk Sebahagian Besar Tahun 2019

 

Zhao Dong, jutawan Bitcoin dan antara pedaganag OTC terbesar China, baru-baru ini mendakwa melalui platform blog Weibo, persamaan Twitter di China, dia percaya pasaran menurun Bitcoin belum berakhir.

Zhao berkata dia melihat matawang kripto terbesar itu kekal tidak stabil antara $4,000 dan $6,000 sehingga Oktober tahun ini, walaupun dengan kenaikan BTC baru-baru ini kerana permintaan 20,000 BTC yang misteri.

Menurut media berita 8BTC, Zhao menekankan bahawa dia tidak percaya pasaran bull sudah tiba, dan ia juga tidak akan datang sehinggalah “kesabaran spekulator kripto kehabisan dalam pasaran bear dan hype kripto sudah hilang.” DIa melhat ia berdagang dalam anggaran $4,000 ke $6,000 sehingga Oktober, dan ketika itu ia akan “menubuhkan paras sokongan yang lebih tinggi berhampiran $5,000.”

Dengan pembahagian ganjaran blok akan datang tahun hadapan, dia berkata harga Bitcoin boleh melihat kenaikan yang sederhana.

“Harga Bitcoin boleh naik secara perlahan-lahan ke $10,000 sebelum acara pembahagian tahun hadapan. Selepas itu, ia akan jatuh ke antara $6,000 dan $7,000.”

Zhao menambah bahawa dia berharap trend bull akan ambil alih, dan membantu matawang kripto mencapai jangkaan harganya pada $50,000. Dia juga menyatakan bahawa ia tidak penting sama ada dia betul atau tidak, tetapi yang penting jika Bitcoin ingin mencapai $50,000, “berbilion dolar perlu dimasukkan ke dalam pasaran ini.”

Jangkaan Zhao Dong mungkin terlampau bullish, tetapi ia tidaklah sehingga ke tahap personaliti popular lain di ruangan matawang kripto. Pakar keselamatan siber John McAfee contohnya, telah mendakwa satu bitcoin akan mencapai 41 juta menjelang 2020, sementara jutawan venture capitalist Tim Draper mendakwa ia akan mencapai $250,000 menjelang 2022.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/04/crypto-billionaire-zhao-dong-sees-btc-remain-below-6000-for-most-of-2019/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.