Libertarian Think Tank Mengkritik Pendekatan SEC AS Terhadap Kripto dan Blockchain
John Berlau, senior fellow di think tank berhaluan libertarian Competitive Enterprise Institute, mengkritik pendekatan SEC Amerika Syarikat kepada pengawal seliaan matawang kripto. Berlau memberi komennya dalam laporan yang diterbitkan pada 11 April.
Dalam laporan yang dipanggil “Cryptocurrency and the SEC’s Limitless Power Grab: Why Speculative Consumer Goods Are Not ‘Securities’,” Berlau mendakwa bahawa teknologi blockchain dan matawang kripto adalah inovasi transformatif, di mana potensinya telah disekat kerana “peraturan yang membebankan”.
Berlau menyatakan bahawa “dalam kalangan agensi pengawal seliaan kewangan persekutuan, tiada satu yang membawa ancaman lebih besar kepada matawang kripto dan teknologi blockchain daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran.” Dia berhujah bahawa sekatan kerajaan ke atas teknologi menghalang usahawan daripada bereksperimen dengan pendekatan dan aplikasi baru.
Berlau juga berkata bahawa pengawasan SEC boleh mengancam fungsi teknologi blockchain jika agensi itu menganggap matawang kripto sebagai “sekuriti”. Dia berkata bahawa pendekatan kawal selia SEC kepada matawang kripot boleh menjejaskan pelabur harian:
“Menganggap matawang kripto sebagai ‘sekuriti’ boleh meletakkan matawang kripto jauh daripada pelabur kelas tengah kerana pita merah – dari peraturan SEC dan undang-undang kewangan seperti Sarbanes-Oxley Act 2002 dan Dodd-Frank Act 2010 – yang telah menghalang akses pelabur kecil ke saham syarikat permulaan.”
Laporan itu berterusan mengkritik ujian Howey yang digunakan SEC dan Supreme Court untuk menentukan sama ada transaksi adalah “kontrak pelaburan”. Berlau berkata bahawa ujian itu memberi agensi itu “kuasa untuk kawal selia banyak matawang kripto sebagai sekuriti,” jadi membolehkannya untuk mengambil langkah lebih drastik terhadap matawang kripto daripada pelaburan lain.
Awal bulan April, SEC mengeluarkan dokumen panduan yang dipanggil “Framework for ‘Investment Contract’ Analysis of Digital Assets” untuk membantu peserta pasaran menentukan sama ada aset digital dianggap sebagai kontrak pelaburan, dan sekuriti.
Memberi komen kepada dokumen itu, Berlau berkata “nampaknya Howey Test dikembangkan lebih besar lagi tentang produk mana yang dianggap sekuriti.”
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!