Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Aset Polychain Jatuh $376 Juta Sejak Ogos, Menurut Pemfailan SEC

 

Pemfailan baru dengan SEC AS menunjukkan venture fund besar Polychain mempunyai $591.5 Juta dalam aset di bawah pengurusannya di penghujung bulan Mac.

Angka itu telah jatuh dengan signifikan sejak pemfailan firma itu pada bulan Ogos 2018, yang menunjukkan $967.8 juta dalam aset di bawah pengurusannya. Itu adalah kehilangan Nilai sebanyak $376.4 juta.

The Wall Street Journal adalah yang pertama melaporkan bahawa syarikat itu bukan lagi operasi berbilion dollar.

Polychain adalah salah satu dana elit yang berkhidmat untuk startup dalam industri kripto. Ditubuhkan oleh Olaf Carlson-Wee, pekerja pertama Coinbase, Polychain adalah dana terawal untuk melabur dalam token dan bukannya syarikat, menurut laporan CoinDesk pada tahun 2016.

Bahagian dua borang terbaru itu menggambarkan syarikat itu sebagai mengurus lima dana: Polychain Master Fund, Polychain Master Fund II, Polychain Ventures, Dfinity Ecosystem Fund and Polychain Opportunities Fund I.

Dokumen itu mengiktiraf risiko signifikan dalam pelaburan aset kripto, menulis:

“Tiada jaminan bahawa aset digital akan mengekalkan nilai jangka masa panjang dari segi kuasa pembelian di masa hadapan, atau penerimaan pembayaran aset digital oleh peniaga mainstream dan perniagaan komersial akan berkembang.”

Sumber:

https://www.coindesk.com/polychains-assets-drop-376-million-since-august-sec-filings-show

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.