Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

CEO Tesla Elon Musk: “Matawang Kripto adalah ‘Safe Word’ Saya”

 

Pengasas bersama dan CEO Tesla Elon Musk sekali lagi telah menunjukkan kepecayaannya terhadap matawang kripto, merujuk kepadanya sebagai “safe word”. Musk sudah lama menjadi penyokong matawang kripto dan tweet baru ini menunjukkan dia masih belum mengubah fikirannya lagi.

Sebelum ini dia pernah mengatakan bahawa matawang kripto adalah masa depan wang dan wang kertas akan hilang satu hari nanti. Pengisytiharan awamnya tentang pembelian matawang kripto menyebabkan Elon Musk menghadapi masalah pada suatu ketika apabila akaun Twitternya digantung.

Musk kemudiannya mengisytiharkan sokongannya untuk Bitcoin, mengatakan ia adalah sangat bagus dan lebih baik dari wang kertas. Semua pujian yang datang dari Musk telah membawa kepada komuniti kripo mempercayai bahawa Tesla bakal menerima Bitcoin untuk pembelian kereta, tetapi mimpi itu masih lagi belum menjadi realiti buat masa ini.

Baru-baru ini Musk sering dikaitkan dengan Dogecoin. Awal bulan ini, dia mengatakan bahawa Dogecoin adalah matawang kesukaannya. Malah ia dilaporkan bahawa komuniti kripto itu mengisytiharkannya sebagai CEO Dogecoin untuk seketika di April Fool. Musk melayan komuniti itu dengan menambah CEO Dogecoin kepada profilnya dan menukarnya ke bekas CEO Dogecoin.

Dengan minatnya terhadap matawang kripto, Musk dikenali dalam industri matawang kripto dan memahami bagaimana sistem itu berfungsi. Dia serius tentang menentang penipuan matawang kripto di media sosial, tetapi profil Twitternya juga pernah digunakan untuk menipu pengikutnya beberapa kali.

Namun begitu, kepercayaannya kepada matawang kripto tidak berubah dan dia mungkin meneroka lebih mendalam tentang matawang kripto melalui pelaburan atau menerimanya dalam penjualan keretanya. Ramai dalam ruangan kripto telah memintanya untuk menerima matawang kripto, dan hanya masa akan menentukan sama ada kereta Tesla boleh dibeli dengan Bitcoin atau matawang kripto lain.

Sumber:

https://zycrypto.com/tesla-ceo-elon-musk-cryptocurrency-is-my-safe-word/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.