Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

SEC Mengarahkan Entiti Membuang ‘Blockchain’ Dari ETF kerana Mengelirukan Pelabur

 

Musim sejuk kripto ataupun tidak, Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) Amerika Syarikat telah mengarahkan produk yang boleh mengelirukan pelabur yang ingin mendapat pendedahan kepada Bitcoin – atau sekurang-kurangnya teknologi di sebaliknya.

Penguatkuasa itu telah mula menekan pembekal dana yang menawarkan “blockchain ETF” untuk membuang perkataan “blocckhain” dari nama dana itu. Bloomberg melaporkan bahawa SEC telahpun meminta dua syarikat, Reality Shares dan Amplify, untuk membuang perkataan “blockchain” dari produk ETF berdasarkan blockchain mereka.

Pengurus aset Reality Shares melancarkan dananya tahun lalu. ETF itu memberi pelabur pendedahan kepada pasaran blockchain di China, di mana CEO firma itu Eric Ervin menggambarkan sebagai “menjadi pusat untuk inovasi blockchain”. Walaupun begitu, memetik daripada sumber yang anonymous dengan pengetahuan tentang kes itu, penguatkuasa dilaporkan menggalakkan kedua-dua syarikat itu untuk membuat pembetulan kepada pemfailan mereka pada tahun 2018.

Namun begitu, walaupun syarikat-syarikat itu menerima permintaan penguatkuasa itu dan mengimplementasi pertukaran nama itu, Bloomberg mengatakan dana syarikat itu masih lagi mempunyai penanda yang merujuk kepada teknologi blockchain.

Dana Reality Shares berdagang di bawah penanda BLCN. Sementara itu, dana itu digambarkan sebagai “Nasdaq NexGen Economy ETF.” Dana Amplify berdagang di bawah penanda BLOK dan produk itu digambarkan sebagai “transformational data-sharing ETF.” SEC juga mahu semua itu dibuang.

Pada tahun 2011, SEC telah implementasi Rule 35d (juga dipanggil “Peraturan Nama”) untuk memberi penjelasan yang lebih kepada garis panduan Akta Pelaburan Syarikat. Menurut penambahan ini, dana perlu memastikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 80% korelasi antara aset dan keterangannya.

Sumber:

https://www.ccn.com/sec-blockchain-etfs-misleading-investors

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.