Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Firma Audit Ernst & Young Mengeluarkan Kemaskini untuk Dua Produk Berkaitan Blockchain

 

Firma audit Big Four, Ernst & Young (EY) telah mengeluarkan dua pembangunan blockchain baru, versi baru Blockchain Analyzer dan protokol zero knowledge proof. Syarikat itu mendedahkan produk itu dalam dua sidang media berbeza pada 16 April.

EY telah melancarkan generasi kedua alat analitiknya EY Blockchain Analyzer. Walaupun generasi pertama produk itu hanya boleh didapati oleh kumpulan audit EY membantu mengumpul data transaksi syarikat dari beberapa lejar blockchain, kemas kini menjadikan analyzer itu boleh diakses oleh kumpulan EY dan pelanggan bukan audit sebagai aplikasi perniagaan.

Paul Brody, Ketua Inovasi Global EY untuk blockchain, berkata syarikat itu ingin membina platform penyelesaian yang boleh dilancarkan untuk beberapa kegunaan, termasuk audit, cukai dan pemantauan transaksi. Versi baru analyzer itu akan membantu pengiraan cukai untuk aset kripto dari alat Andy Crypto-Asset Accounting and Tax (AndyCAAT) yang mengira keuntungan dan kehilangan modal atas transaksi secara otomatik, mematuhi undang-undang percukaian Amerika Syarikat.

Untuk protokol zero knowledge proof EY pula, syarikat itu bermatlamat untuk memudahkan penggunaan transaksi private dan selamat di blockchain awam. Paul Brody berkata “menjadikan blockchain awam selamat dan boleh diskalakan adalah keutamaan EY. Cara terpantas untuk meluaskan penggunaan teknologi ini adalah untuk menjadikannya awam.”

“Komponen utama membolehkan pemindahan private yang selamat dan pembayaran di rangkaian Ethereum. Ia menyokong pembayaran token fungible bersesuaian dengan standard ERC-20 dan pemindahan aset unik bersesuaian dengan standard ERC-721. Standard ERC adalah standard terbuka yang diterima awam untuk token di blockchain Ethereum,” menurut sidang media itu.

EY juga menyatakan sejak pelancaran prototaip awal di 2018, syarikat itu telah berjaya mengurangkan kos pemprosesan transaksi secara signifikan lebih daripada 90%. Buat masa ini, kod software itu dilaporkan menjalani penilaian terakhir dan dijadualkan akan dilancarkan ke domain awam dalam masa empat hingga enam minggu akan datang.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/major-auditing-firm-ernst-young-releases-updates-to-two-blockchain-related-products

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads