Profesor Melancarkan Kempen untuk Menyumbang $1 Juta dalam Kripto kepada Penduduk Venezuela
Steve Hanke, seorang profesor ekonomi di John Hopkins University dan penasihat kepada bekas presiden Venezuela, Rafael Caldera, telah melancarkan kempen kemanusiaan yang dipanggil Airdrop Venezuela, yang bermatlamat untuk menyumbang $1 juta dalam matawang kripto kepada 100,000 penduduk Venezuela menjelang Ogos 2019, menurut laporan oleh NPR pada 21 April.
Menurut sumber berhampiran, profesor Steve Hanke mengetuai kempen kemanusiaan yang tertumpu kepada mengurangkan kadar kemiskinan di Venezuela melalui aset kripto dalam keadaan krisis ekonomi di negara itu.
Dalam temubual dengan National Public Radio (NPR), Hanke berkata inisiatif Airdrop Venezuela akan membolehkan penduduk Venezuela menerima sumbangan kripto yang boleh ditukar kepada USD untuk membeli makanan, ubat dan keperluan harian.
Khususnya, Airdrop Venezuela berharap untuk mengumpul dan menyumbang $1 juta dalam kripto kepada 100,000 penduduk Venezuela yang telah disahkan. Enam puluh ribu penduduk telah dilaporkan mendaftar dalam program itu, dan Hanke berkata platform itu telah mengutip sebanyak $272,000 setakat ini.
Kempen Airdrop Venezuela dilaporkan dibantu oleh AirTM, firma perkhidmatan kewangan, dan penyumbang yang berminat boleh menyumbang apa sahaja matawang kripto kepada platform itu, yang akan mengedarkan matawang virtual itu kepada penduduk Venezuela pada bulan Ogos 2019.
Penduduk Venezuela yang menyertai program itu perlu membuka akaun AirTM, kerana dana itu akan di airdrop ke dalam wallet AirTM dan mereka boleh menukan dana itu kepada wang di platform itu.
Walaupun Venezuela yang kaya minyak telah menyertai dunia kripto dengan pelancaran kripto Petro, parti pembangkang tidak menyokong projek itu dan banyak yang melabelnya sebagai penipuan.
CEO AirTM, Ruben Galindo dilaporkan terbuka untuk bekerjasama dengan ketua pembangkang Venezuela, Juan Galindo jika perlu. Walaupun begitu, profesor Hanke menekankan bahawa kempen Airdrop Venezuela adalah program kemanusiaan dan tiada agenda politikal.
Sumber:
https://btcmanager.com/professor-launches-campaign-donate-1m-in-cryptos-venezuelans/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!