Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Israel: Institusi Menyaman Profesor Kerana Melanggar IP Blockchain

 

Institut Teknologi Technion Israel telah memfailkan saman sivil terhadap ahli fakulti kerana didakwa menubuhkan syarikat teknologi zero knowledge proof dan menggunakan ilmu yang dikembangkan olehnya semasa bekerja di institusi itu. Berita itu diterbitkan oleh media tempatan Calcalist pada 22 April.

Technion telah memfailkan saman terhadap pensyarah Profesor Eli Ben-Sasson dengan Mahkamah Daerah Haifa kerana didakwa melanggar peraturan hakcipta intelektual (IP) institusi itu. Menurut kes saman itu, Ben-Sasson menubuhkan syarikat yang dipanggil Starkware dengan pelajar PhD di Technion, di mana “hakcipta intelektual di mana syarikat itu dibangunkan adalah dengan menggunakan gran yang diterima di Technion.”

Starkware adalah syarikat yang fokus kepada pembangunan penyelesaian private dan enkripsi, yang bertujuan untuk menambah baik skalabiliti blockchain dengan teknologi zero knowledge proof. Protokol zero knowledge STARK yang dibangunkan oleh Ben-Sasson didakwa dicipta menggunakan sumber, termasuk berjuta shekel yang diberikan kepadanya oleh Technion.

Institusi itu dilaporkan mendakwa bahawa Ben-Sasson bertindak secara unilateral untuk mengkomersialkan pengetahuan dengan menubuhkan syarikat dengan tujuan mengambil alih hak cipta intelektual Technion. Institusi itu dilaporkan meminta mahkamah memindahkan 50% daripada saham Ben-Sasson dalam syarikat itu kepada Technion.

Peguam bela dilaporkan mengatakan bahawa “industri Starkware tidak menggunakan atau berniat untuk menggunakan ciptaan milik Technion. Syarikat itu telah mengutip dana berjuta dollar dan telah merekrut pekerja untuk membangunkan software dan IP yang diperlukan. Technion tidak mempunyai hak ke atas Profesor Sasson mahupun sesiapa sahaja dalam syarikat itu.”

Sumber:

EXMO affiliate program

https://cointelegraph.com/news/israel-institute-sues-professor-for-alleged-blockchain-intellectual-property-violation

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.