Default – Above Header Ads

Bitfinex Menentang ‘Dakwaan Palsu’ Tentang Kehilangan Tether Bernilai $850 Juta

 

Menurut dakwaan Peguam Negara New York, Bitfinex telah kehilangan sebanyak $850 juta wang pelanggan. Jumlah ini telah dihantar, dan diambil oleh firma pemproses pembayaran, Crypto Capital Corp. Dakwaan itu mengatkaan bahawa Bitfinex menggunakan simpanan tunai dari stablecoin miliknya, Tether, untuk menutupi kehilangan itu.

Peguam Negara itu, Letitia James, mendakwa bahawa ‘kehilangan dana ini’ dan pergerakan simpanan itu tidak dilaporkan oleh kedua-dua operator Bitfinex dan iFinex. Oleh itu, ia telah menjalankan “penutupan untuk menyembunyikan kehilangan sebanyak $850 juta dana korporat dan klien.”

Sewaktu penulisan, harga USDT telah jatuh bawah harga $1. Sementara itu, pesaing stablecoin lain seperti USD Coin dan TrueUSD berdagang pada harga melebihi $1. Ini menunjukkan bahawa pelabur menukar Tether mereka untuk mengelak daripada sesuatu yang tidak dijangka. Bitcoinist telah melaporkan bahawa bekalan Tether telah mencecah all-time high.

Bitfinex telah membalas dakwaan Peguam Negara itu:

“Dakwaan Peguam Negara dibuat dengan melulu dan dipenuhi kenyataan palsu, termasuk ‘kehilangan’ sebanyak $850 juta di Crypto Capital.”

Bitfinex mendakwa dana itu tidak hilang dan “telah diambil dan disimpan dengan selamat,” dan ia sedang berusahan untuk mendapatkan kembali dana itu. Ia juga menegur Peguam Negara kerana tidak cuba memberi bantuan dan sokongan terhadap usahanya.

“Kedua-dua Bitfinex dan Tether adalah kuat dari segi kewangan – titik penuh. Dan kedua-dua Bitfinex dan Tether komited dalam menentang tuduhan melulu dari pejabat Peguam Negara New York terhadap Syarikat yang merupakan korporat yang baik dan penyokong kuat pengawal seliaan. Bitfinex dan Tether akan melawan tuduhan ini, oleh pejabat Peguam Negara New York.”

Pemfailan Peguam Negara itu menyatakan bahawa dana Tether dipanjangkan sebagai kredit untuk tempoh tiga tahun dengan kadar faedah sebanyak 6.5%. Saham iFinex sebanyak 60,000,000 unit menjadi kolateral pinjaman itu.

Usawan Alistair Milne memberi komen tentang situasi itu, dan menyimpulkan bahawa selagi “Bitfinex mendapat untung, ia tiada masalah.”

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitfinex-tethere-850-million-nydfs/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads