Default – Above Header Ads

Nasdaq Menguji Bitcoin Mungkin Menandakan Matawang Kripto Adalah ‘Bullish’

 

Pada 22 April, penganalisa kuantitatif di StrongMarket, Cryptopolis, mengumumkan Bitcoin ‘didagang’ di Nasdaq.

Satu tweet daripada penganalisa itu telah menarik perhatian komuniti kripto, selepas dia mencadangkan bahawa dia telah membeli Bitcoin melalui platform perdagangan elektronik yang berhubung kepada Nasdaq TD Ameritrade. Menurut Cryptopolis dan carta dalam tweet, ia menunjukkan pasangan dagangan BTC/USD dari 10 April 2019.

Walaupun dengan keterujaan Cryptopolis, ia disahkan bahawa perdagangan itu tidak mengambil tempat di platform sebenar, tetapi dibuat berdasarkan kertas.

Berhubungan dengan staf TD Ameritrade, Cryptopolis menemui bahawa CXERX “bukan simbol yang digunakan untuk berdagang secara langsung,” yang mencadangkan bahawa matawang digital itu mungkin dalam versi ujian. Walaupun tiada transaksi betul yang berlaku, ia boleh menandakan kripto yang semakin diterima jika Nasdaq melancarkan CXERX.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Pengasas Litecoin, Charlie Lee juga memberi komen tentang berita itu, mengeluarkan tweet bahawa TD Ameritrade sedang menguji kedua-dua Bitcoin dan Litecoin di atas platform itu.

Lee mengesahkan bahawa Gambar tersebut diambil daripada akaun ThinkorSwim TD Ameritrade sendiri, mengatakan ia mungkin perdagangan atas kertas sekarang, “tetapi bukan sehingga bila-bila”.

Sumber:

https://www.coininsider.com/nasdaq-bitcoin-testing/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.