Reaksi Komuniti Kripto Terhadap Penggodaman Binance dan Tawaran Justin Sun
Apabila bursa pertukaran kripto terbesar di dunia mengumumkan ia digodam, kita menjangkakan kejatuhan teruk harga kripto di pasaran tetapi nampaknya Bitcoin sudah pun mula pulih beberapa jam kemudian.
Beberapa jam yang lalu pada 8 Mei, bursa pertukaran terbesar mengikut jumlah perdagangan harian melaporkan ia telah mengalami pelanggaran keselamatan. Binanca dan pemiliknya yang penuh enigma Changpeng ‘CZ’ Zhao sering kali bercakap besar tentang kehebatan keselamatan mereka dan bahawa aset digital adalah selamat atau ‘SAFU’ (dana aset selamat). Namun begitu, ia tidak menghalang penggodam daripada lari dengan sekurang-kurangnya 7,000 BTC dan sejumlah besar kunci API, kod 2FA dan maklumat pengguna lain, menurut pengumuman itu.
Not the best of days, but we will stay transparent. Thank you for your support!https://t.co/Y1CQOatEpi
— CZ Binance (@cz_binance) May 7, 2019
Binance sudahpun mengatakan bahawa hanya hot wallet sahaja yang terjejas dan ia akan melitupi kerugian yang dialami sepenuhnya menggunakan dananya sendiri. Komuniti kripto memberi reaksi serta-merta dengan memuji tindakan bursa pertukaran untuk membayar kembali aset yang dicuri. ‘Bleeding Crypto’ mengeluarkan tweet yang meletuskan debat tentang keperluan bursa pertukaran desentralisasi;
“Kenapa pasaran huru-hara dan panik? Adakah anda tidak tahu membaca? Nah, saya telah membulatkannya untuk anda!! Terima kasih kerana telus dan memastikan maklumat dikemaskini. Saya percaya kepada Binance sepenuhnya dan merasa selamat dengan dana saya di situ.”
Yang lain tidak begitu yakin dan mengatakan bukan hanya Bitcoin yang dicuri, penggodam juga telah lari dengan banyak maklumat pengguna;
Got to appreciate the transparency, but this has to be frightening for anyone with funds on Binance. Key quotes from the article:
"No user funds will be affected"
"..deposits and withdrawals will need to remain suspended"
"We estimate this will take about 1 week" https://t.co/UfpIF7abIP
— Financial Survivalism (@Sawcruhteez) May 8, 2019
Binance telah pun menghentikan pemindahan mengatakan ia akan mengambil masa selama seminggu untuk menyelesaikan isu itu. Pembayaran balik sepenuhnya dalam masa seminggu sangat bagus memandangkan orang ramai masih menunggu pampasan dari penggodaman Mt Gox lima tahun yang lalu.
Pasaran juga memberi reaksi selepas pengumuman itu seperti yang dijangka dan Bitcoin kehilangan 2.7 peratus dan jatuh ke bawah $5,800 menurut coinmarketcap.com. TradingView dengan harga premium Bitcoin masih lagi melaporkan BTC didagangkan di atas $6,100 sewaktu penulisan.
Pedagang dan pakar ekonomi Alex Kruger menyatakan bahawa keadaan ini biasanya akan menyebabkan banjir dalam pasaran bear;
“Dalam pasaran bear kes ini sudah tentu menyebabkan banjir. Apa pun, ia adalah alasan yang baik untuk penyokong bull melindungi diri, dan penyokong bear untuk maju ke hadapan.”
This is likely behind today's price swings. #BinanceHack https://t.co/CYjBylE2QL
— Alex Krüger (@krugermacro) May 7, 2019
Bitcoin sudahpun pulih kembali beberapa jam kemudian dan kini berdagang di $5,860. Binance Coin seperti yang dijangka jatuh 9% kepada bawah $20, had kerosakan akan datang untuk BNB memandangkan semua transaksi di bursa pertukaran itu telah dihentikan buat sementara waktu.
Apa yang menarik adalah Tron merupakan satu-satunya altcoin yang hijau buat masa ini selepas Justin Sun mengumumkan dia akan menyumbang 7,000 BTC yang hilang itu kepada Binance yang sebenarnya tidak memerlukannya seperti yang dikatakan CZ;
Thanks for the support, really appreciate it. But currently no need. We will cover the loss from the #SAFU fund, there is enough. We are hurt, but not broke.
We are working hard to resolve the issue, so that everyone can deposit and withdrawal again. Will take some time. https://t.co/0j4J0fk99W
— CZ Binance (@cz_binance) May 8, 2019
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!