Default – Above Header Ads

Nasdaq Menambah Indeks untuk Matawang Kripto XRP kepada Perkhidmatan Data Global

Operator bursa saham Nasdaq akan menambah satu lagi indeks matawang kripto – kali ini untuk matawang kripto ketiga terbesar di dunia, XRP.

Syarikat itu mengumumkan pada 29 April bahawa melalui kerjasamanya dengan firma data dan penyelidikan blockchain Brave New Coin, ia akan menawarkan maklumat indeks “real-time” untuk XRP Bermula 1 Mei.

Khususnya, XRP Liquid Index (XRPLX) aka menawarkan kadar spot atau rujukan untuk harga XRP, dinyatakan dalam US Dollar dan “berdasarkan sektor paling cair pasaran mereka.”

“XRPLX mengambil data dari bursa paling cair berdasarkan jumlah dan kedalaman buku permintaan,”Brave New Coin menyatakan dalam kenyataan lain, menambah:

“Bursa kini yang dimasukkan untuk XRPLX termasuk Bitfinex, Bitstamp, Poloniex dan Kraken dengan Coinbase yang akan ditambah dalam penilaian seterusnya.”

Indeks terbaru itu akan boleh didapati di Nasdaq Global Index Data ServiceSM (GIDS). Indeks itu termasuk data dari tahun 2014 dan akan dikemaskini setiap lima minit, menurut Nasdaq.

Indeks itu dikira menggunakan metodologi yang sudah diaudit selaras dengan prinsip International Organisation of Securities Commissions (IOSCO), firma itu menambah.

Nasdaq pertama kali bekerjasama dengan Brave New Coin awal tahun ini, apabila ia menambah indeks untuk Bitcoin dan Ether ke dalam perkhidmatan data global.

Sumber:

https://www.coindesk.com/nasdaq-adding-index-for-xrp-cryptocurrency-to-global-data-service

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads