Peguam Negara NY Meminta Bitfinex Melepaskan Dokumen Berkenaan Tether
Pejabat peguam negara NY telah meminta Bitfinex melepaskan dokumen mengenai urusannya dengan Tether sebagai sebahagian daripada kes undang-undang yang sedang dijalankan.
Menurut memorandum undang-undang yang difailkan pada 3 Mei, Peguam Negara Ney York (NYAG) Letitia James telah mengeluarkan permintaan untuk pendedahan dokumen berkenaan perjanjian antara Bitfinex dan Tether. Awal minggu ini, bursa pertukaran Bitfinex dituduh menggunakan $850 juta dalam dana Tether untuk menampung kerugian; dana yang sepatutnya dipegang dalam simpanan untuk menyandarkan nilai stablecoin USDT. Langkah itu menyebabkan pejabat NYAG memfailkan kes terhadap kedua-dua Bitfinex dan Tether, mendakwa kedua-duanya telah bertindak untuk menipu pelabur dan memanipulasi pasaran matawang kripto.
Memorandum terbaru meminta Bitfinex dipaksa melepasan dokumen berkenaan urusan $850 juta itu mendakwa kedua-dua pihak “menipu klien dan pelabur mereka,” mengatakan
“Walaupun perkara itu dan percanggahan lain tidak mengubah isu teras kes ini…mereka hanya menambah keperluan OAG untuk mendapatkan dokumen dan maklumat dengan teratur supaya OAG boleh memahami apa yang telah berlaku, dan apa yang masih lagi berlaku dalam syarikat-syarikat ini.”
Pemfailan itu juga termasuk bahagian yang cuba untuk menyekat Bitfinex dari menggunakan dana Tether yang menyandarkan USDT, mendakwa telah
“menulis injuksi ketat untuk mengekalkan status quo dan menghalang Responden daripada berterusan mengurangkan simpanan wang yang sepatutnya menyandarkan matawang virtual Tether, sementara menunggu penyempurnaan penyiasatan OAG.”
Sumber:
https://ethereumworldnews.com/new-york-ag-seeks-release-of-tether-docs-in-bitfinex-case/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!