Bursa Pertukaran Belarussian akan Menawarkan Bon Kerajaan yang Ditokenisasi
Laman web pertukaran global currency.com telah mengumumkan bahawa ia akan menawarkan bon kerajaan Belarussian dalam bentuk token, menurut sidang media pada 7 Mei.
Menurut sidang media itu, pengguna boleh menggunakan matawang fiat atau matawang kripto Bitcoin dan Ether untuk melabur dan mendagangkan bon kerajaan Belarussia. Syarikat yang beroperasi di Belarussia Currency Com Bel LLC dilaporkan adalah syarikat pertama yang mentokenisasi bon kerajaan.
Seperti dalam kes matawang kripto lain seperti Bitcoin, pelabur boleh membeli jumlah kecil token baru itu. Pada awalnya, token ini ditawarkan di bursa pertukaran itu pada harga $1,000 setiap token; satu token melambangkan satu bon, dan akan terdapat 252 bon pada awalnya dengan kadar hasil tahunan sebanyak 4.2% yang diperkenalkan kepada bursa pertukaran itu.
Pengasas bersama currency.com Viktor Prokopenya memetik undang-undang Belarussia, Decree No. 8, yang memberi panduan jelas untuk industri blockchain. Prokopenya berkata:
“Semuanya boleh berlaku kerana Decree No. 8 yang progresif ‘Tentang Pembangunan Ekonomi Digital’ yang diratifikasi di Belarus pada tahun 2018, menguatkan lagi komitmen negara itu untuk memainkan peranan besar dalam bab seterusnya dalam revolusi teknologi.”
Dalam laporan Cointelegraph sebelum ini, bank nasional Oesterreichische Kontrollbank (OeKB) telah mengeluarkan bon kerajaan bernilai lebih $1.35 bilion bagi pihak Austrian Treasury di blockchain Ethereum dalam lelongan semasa Septermber 2018.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/belarussian-exchange-to-offer-tokenized-government-bonds
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!