Ahli Kongres AS yang Mesra Kripto Menyertai Pasukan Petugas Fintech Baru
U.S. House of Representatives akan melancarkan pasukan petugas baru yang akan fokus khususnya pada teknologi kewangan – termasuk blockchain.
Pasukan petugas baru itu, dipanggil sebagai FinTech Task Force, ditubuhkan oleh House Financial Services Committee oleh undian suara pada 9 Mei, dan akan memeriksa alat blockchain dan matawang kripto, dan juga lain-lain. Pasukan petugas itu akan diketuai oleh Wakil Rakyat Massachusetts Stephen Lynch.
Senarai awal isu termasuk mengawal selia fintech dari perspektif domestik dan juga antarabangsa; pinjaman dan menggunakan “data alternatif” untuk underwriting; memeriksa rangka kerja undang-undang dan kawal selia untuk pembayaran, dan juga infrastruktur; dan privasi data.
Penyokong Blockchain Warren Davidson, Tom Emmer dan Josh Gottheimer adalah tiga daripada ahli baru pasukan petugas itu. Davidson kini telah dua kali memperkenalkan Token Taxonomy Act kepada Kongres, bil yang ditujukan kepada pengecualian matawang kripto daripada peraturan sekuriti dan menyediakan rangka undang-undang yang lebih jelas untuk aset digital di AS.
Emmer juga telah menolak untuk bil yang akan mengecualikan startup matawang kripto dari peraturan tahap negeri, membolehkan mereka membangunkan platform dan perkhidmatan blockchain tanpa perlu mendaftar sebagai perniagaan pemindahan wang dalam negeri-negeri mereka beroperasi – dengan syarat mereka tidak memegang atau berdagang kripto.
Gottheimer baru-baru ini menjadi ahli yang aktif dalam ruangan kripto, menjadi penaja bersama Token Taxonomy Act selepas ia diperkenalkan semula oleh Davidson bulan yang lalu.
Dalam satu kenyataan, dia berkata,
“Memandangkan blockchain, pilihan pinjaman baru, dan teknologi kewangan lain terus berkembang, jelas bahawa perlunya rangka kerja yang bukan sahaja menyediakan jalan yang luas untuk ke hadapan dalam inovasi, tetapi juga menubhkan AS sebagai ketua dalam ruangan ini.”
Lynch, Gottheimer, Emmer, Davidson dan ahli pasukan petugas Bryan Steil juga baru-baru ini menambah nama mereka ke surat terbuka menggesa IRS menjelaskan bagaimana pengutip cukai menilai keuntungan dan kerugian pegangan kripto.
Ahli lain pasukan itu termasuk Reps. David Scott, Al Lawson, Cindy Axne, Ben McAdams, Jennifer Wexton, French Hill dan Blaine Luetkemeyer.
Sumber:
https://www.coindesk.com/crypto-friendly-us-congress-members-join-new-fintech-task-force
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!