Akta Taksonomi Token Termasuk Pengecualian Cukai De Minimis Untuk Kripto
Akta Taksonomi Token (TTA) yang diperkenalkan semula akan mencipta pengecualian cukai de minimis untuk transaksi di bawah $600, menurut pengarah eksekutif Coin Center, Jerry Brito, di Consensus 2019 pada 13 Mei.
Pengecualian cukai de minimis menyatakan bahawa pemilik kripto yang mengalami keuntungan modal sehingga $600 dalam kripto, maka pemilik itu tidak perlu melaporkan keuntungan itu kepada Internal Revenue Services (IRS), penguatkuasa cukai Amerika Syarikat.
Brito menyatakan bahawa situasi itu selari dengan bagaimana keuntungan kecil dari matawang asing diperlakukan sebelum de minimis proviso diperkenalkan dalam tahun 1990an oleh Kongres. Sebelum itu, jika sesiapa membeli matawang asing untuk pergi melancong ke luar negara, apa sahaja keuntungan modal yang dialami semasa pemilikan matawang itu secara teknikalnya perlu dilaporkan.
Brito menambah bahawa secara teknikal perlu melaporkan keuntungan modal apabila menggunakan matawang kripto untuk membeli barangan seperti komputer riba, tiket kapal terbang, atau menulis smart contract, yang memerlukan perbelanjaan sejumlah kecil Ether atau matawang kripto lain yang dibenarkan. Mengikut undang-undang, Brito menyatakan, penguatkuasa boleh memilih untuk mengarahkan laporan perbelanjaan kecil itu.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Cointelegraph, TTA, jika diluluskan, akan mengecualikan matawang kripto dari klasifikasi sekuriti. TTA akan mengangkat had bidang kuasa CFTC dan Federal Trade Commission (FTC), dan juga memberikan penjelasan peraturan untuk pematuhan dan penguatkuasaan statut kripto.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/token-taxonomy-act-includes-de-minimis-tax-exemption-for-crypto
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!