CEO Projek Blockchain Disaman $150K, dan Diarahkan Mengajar Etika Perniagaan selepas Penyelesaian
Usahawan Blockchain Alex Tapscott akan membayar saman $148,000 dan mengetuai seminar etika di tiga sekolah perniagaan Kanada mengikut perjanjian penyelesaiannya dengan Ontario Securities Commission (OSC), menurut laporan oleh The Globe and Mail pada 13 Mei.
Tapscott, CEO firma blockchain NextBlock Global Limited pada awalnya memfailkan perbicaraan awam dengan OSC pada 9 Mei.
OSC sebelum ini telah menuduh NextBlock dan Tapscott mengelirukan pelabur apabila dia mengutip sejumlah yang dilaporkan sebanyak $20 juta dari 113 pelabur. Penguatkuasa mendakwa bahawa Tapscott menipu pelabur dengan menyampaikan kepada mereka penasihat yang sebenarnya tiada kena mengena dengan korporat itu.
Penasihat kepada syarikat itu kononnya termasuk tokoh yang dikenali dalam blockchain dan ruangan kripto seperti Kathryn Haun, Vinny Lingham, Vitalik Buterin dan Karen Gifford.
Skandal itu telah didedahkan pada tahun 2017, apabila Forbes menghubungi individu yang disebut, yang telah menolak dakwaan penglibatan mereka.
Kuliah Tapscott akan diadakan dalam 18 bulan akan datang, dan dilaporkan akan meliputi topik yang sama yang akan ditulis dalam surat terbuka untuk dikeluarkan minggu ini.
The Globe and Mail juga menyatakan bahawa Tapscott tidak dilarang sementara dari kepimpinan dalam syarikat, seperti prosedur biasa dalam perjanjian yang dicapai dalam penyelesaian lain.
NextBlock sendiri telah membayar $594,000 sepanjang penyelesaian itu – $74,000 untuk penyiasatan, dan kos penalti sebanyak $520,000.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!