Penggodam Ireland dan Sekutunya boleh Dijatuhkan Hukuman kerana Mencuri Matawang Kripto Bernilai $2.4 juta
Sekumpulan enam orang penggodam dengan nama “The Community” akan dijatuhkan hukuman lebih 20 tahun penjara setiap seorang kerana mencuri matawang kripto bernilai lebih $2.4 juta menggunakan beberapa serangan pertukaran SIM, menurut laporan Independent IE pada 13 Mei 2019.
Serangan pertukaran SIM adalah praktis biasa dalam kalangan penggodam untuk mencuri matawang kripto. Baru-baru ini, Conor Freeman, seorang lelaki berbangsa Irish berumur 20 tahun, bersama-sama lima orang lain dalam kumpulannya antara umur 19 hingga 26 tahun, didakwa atas pencurian matawang kripto bernilai lebih $2.4 juta. Jika dijumpai bersalah, ahli kumpulan itu mungkin dijatuhan hukuman dalam 200 tahun penjara AS.
Kumpulan itu telah berjaya menjalankan tujuh serangan pertukaran SIM yang membawa mereka kepada $2,416,352 dalam bentuk matawang kripto. Mereka telah didakwa dengan 15 kiraan penipuan wire, konspirasi untuk menjalankan penipuan wire, dan pencurian identiti. Setiap kesalahan ini akan membawa kepada maksimum 20 tahun dalam penjara.
Bersama-sama dengan enam orang itu, dakwaan jenayah juga telah difailkan terhadap tiga orang lelaki dari Arizona dan California yang merupakan bekas pekerja di syarikat pembekal servis telefon. Mereka disyaki telah mengambil rasuah untuk menghantar identiti pengguna mereka kepada penggodam.
Acting Special Agent in Charge Angie Salazar dari US Immigration and Customs Enforcement (ICE) menjelaskan bahawa dakwaan terhadap kesembilan orang itu adalah hasil daripada “penyiasatan pencurian identiti dan matawang kripto kompleks yang diketuai Homeland Security Investigations, yang meliputi dua benua.”
Sejak kebelakangan ini, dengan orang ramai bergantung kepada nombor telefon mereka untuk mendapatkan OTP untuk mengesahkan transaksi dan menukar kata laluan, kes pertukaran SIM telah menjadi semakin berleluasa. Dalam ruangan matawang kripto, bilangan penggodam yang menggunakan teknik ini untuk mendapat akses kepada dana pengguna dan memindahkan ke dalam akaun mereka telah meningkat. Pada 22 April 2019, bekas pelajar Boston University berumur 21 tahun telah dipenjarakan selama 10 tahun kerana menggunakan pertukaran SIM untuk mencuri matawang kripto bernilai lebih $7.5 juta.
Dalam insiden yang sama pada bulan Februari 2019, dua lelaki berumur 21 dan 23 tahun ditahan kerana mencuri dari syarikat dan pelabur matawang kripto. Hanya dua hari sebelum insiden itu, satu lagi individu berumur 20 tahun didakwa menggunakan pertukaran SIM untuk mencuri kripto lebih $10,000.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!