Default – Above Header Ads

Anda Kini Boleh ‘Spedn’ Bitcoin di GameStop, Barnes & Noble dan Banyak Lagi

Pada 13 Mei, startup pemproses pembayaran Flexa mengumumkan pelancaran wallet kripto jagaannya (custodial) SPEDN, yang membolehkan pengguna membelanjakan Bitcoin, Ether, Bitcoin Cash atau GUSD di pelbagai kedai beli-belah.

Walaupun peniaga akan menerima fiat, kerjasama itu membuka peluang untuk orang ramai yang ingin membelanjakan kripto semudah menggunakan Apple Pay.

Pengasas bersama Flexa Trevor Filter memberitahu CoinDesk aplikasi wallet itu boleh digunakan di Nordstrom, Barnes & Noble, Express, Lowe’s, GameStop, Office Depot, Regal Cinemas, Jamba Juice dan banyak lagi. Tiada satu peniaga yang membalas permintaan komen dari CoinDesk, tetapi semuanya disahkan dalam urus janji itu.

Sarah Olsen, ketua business development di Gemini, memberitahu CoinDesk syarikat pertukaran itu berkerjasama untuk menyediakan keselamatan untuk custodial wallet itu. Sebaliknya, aplikasi itu kini menyediakan jalan baru untuk pengguna stablecoin menggunakan GUSD di luar perdagangan.

“Sama ada itu adalah pelancong asing yang datang ke AS dan dengan lebih mudah menyertai ekonomi ini atau sebaliknya,”Olsen berkata, dan menambah:

“Rangkaian Flexa adalah terbuka jadi jika anda adalah peniaga di mana-mana anda boleh menyertai rangkaian ini, tanpa perlu berinteraksi dengan kumpulan Flexa secara langsung. Ini adalah langkah pertama menuju ke masa hadapan di mana kita bertransaksi nilai.”

Pengasas bersama Flexa Tyle Spalding memberitahu CoinDesk kebolehan membelanjakan matawang kripto boleh menambah fungsinya sebagai tempat penyimpanan nilai.

“Anda perlukan ekosistem itu untuk wujud,” Spalding berkata tentang nilai Bitcoin yang terikat dengan utiliti yang termasuk, tetapi tidak terhad, kepada perdagangan.

Tambahan lagi, pengguna tidak perlu menggunakan kad kredit atau akaun bank untuk menggunakan aplikasi mudah alih ini. Kajian tahun 2017 oleh Federal Deposit Insurance Corporation menemui bahawa 8.4 juta rumahtangga Amerika Syarikat tidak mempunyai akaun bank. Filter berkata matlamat akhir adalah untuk membawa pembeli dan penjual lebih dekat dengan sistem pembayaran digital. Buat masa ini, kerjasama pertukaran kripto Flexa menguruskan pertukaran di backend.

“Kami sebenarnya membina infrastruktur pembayaran di atas matawang kripto dan bukannya hanya integrasi ke dalam infrastruktur pembayaran yang sudah wujud,” Filter berkata.

Sumber:

https://www.coindesk.com/you-can-now-spedn-bitcoin-at-gamestop-barnes-noble-and-more

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads