Coinbase Bersaing Dengan Tether, Melancarkan USD Coin ke 85 Negara
Memandangkan isu-isu yang dihadapi Tether (USDT), terdapat peluang yang sangat besar untuk pesaingnya masuk ke dalam pasaran stablecoin. Nampaknya Coinbase akan menjadi pesaing itu, memandangkan bursa pertukaran itu mengambil peluang untuk menambah isu USDT dan mengembangkan perdagangan USD Coin ke 85 buah negara. USD Coin adalah hasil kolaborasi antara Coinbase dan Circle milik Jeremy Allaire. Menurut laman web Coinbase, bursa pertukaran itu tidak menyokong USDT.
Ia adalah langkah yang berani oleh Coinbase, dan pada masa yang teruk untuk Tether. Ia bukanlah satu rahsia bahawa USDT adalah sangat penting sebagai sumber kecairan dalam pasaran matawang kripto. Keperluan untuk berteduh di bawah coin yang lebih stabil semasa keadaan pasaran menurun adalah jelas, dan USDT menyediakan tempat bertempuh itu. Namun begitu, dengan isu yang dihadapi Tether, asas pasaran kripto kini dipersoalkan.
Disitulah Coinbase masuk.
Sebagai operasi global yang besar, dibiayai dengan baik, dan dikawal selia, USD Coin tidak akan dipersoalkan seperti Bitfinex dan Tether. Untuk melihat dengan jelas strategi serangan Coinbase, ini adalah sebahagian daripada sidang media mereka:
“Tidak seperti matawang kripto lain, setiap USDC disandarkan kepada USD$1 dengan audit bulanan yang telus menunjukkan sandaran USD 100%. Terdapat lebih 300 juta USD Coin dalam peredaran pada hari ini, disokong lebih 100 penyokong ekosistem. Atas sebab-sebab ini, kami melihat USDC sebagai langkah penting kepada sistem kewangan yang lebih terbuka.”
Dari perspekstif nilai, alternatif bernilai tinggi akan menarik permintaan dari Tether. Aliran pasaran mungkin masuk ke dalam USDC, dan ini boleh melihat USDT jatuh lebih jauh. Ini menunjukkan bahawa isu terkini antara Tether dan Pejabat Peguam Negara NY perlu diselesaikan segera.
At #Consensus2019, @reginatto on the opportunities for #USDC’s use as programmable money.
“The US dollar is the reserve currency of the world and there is widespread demand for purely internet based access to dollar based investment products." pic.twitter.com/xOMJKyyuz3
— Circle (@circlepay) May 14, 2019
Sumber:
https://www.ccn.com/coinbase-tether-usd-coin
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!