Crypto Custodian Menjangka Perkembangan dalam Kerjasama dengan Custodian Tradisional
Alexandre Kech, CEO Onchain Custodian, menjangka kolaborasi antara kripto dan custodian tradisional akan berkembang. Kenyataan Kech datang sewaktu panel yang dinamakan “Custody: The New Global Competitive Landscape,” sebahagian daripada penyampaian di Consensus 2019 pada 14 Mei.
Kech melihat bahawa crypto custodians lebih baik dalam menambah sokongan token baru ke dalam wallet mereka dan boleh memegang pelbagai aset kripto. “Kami mempunyai ketangkasan, dari segi pematuhan dan teknologi, untuk melancarkan coin itu dengan lebih cepat.”
Dengan logik Kech, custodian tradisional selalunya enggan mengambil coin baru kerana halangan institusi. Mereka berkerjasama dengan crypto custodian supaya mereka boleh mendapat akses kepada aset-aset ini untuk pelanggan mereka. Sementara itu, crypto custodian mendapat kebaikan daripada urusan ini kerana pelanggan yang sebelum ini teragak-agak untuk melabur dalam aset kripto akan lebih yakin jika mereka melakukannya melalui bank yang dipercayai.
Panelis lain iaitu Matt Jennings, CEO Kingdom Trust, berkata organisasinya telah “bekerja dengan custodian besar tradisional dari dahulu lagi.” Jennings menyatakan bahawa institusi ini sememangnya lebih konservatif, mengatakan bahawa, “Penawaran mereka adalah terhad. Mereka hanya untuk kumpulan pelanggan yang terhad dan Kebiasaannya mereka memiliki kumpulan aset yang terhad dan saya tidak nampak ia akan berbeza dalam ruangan kripto.”
CEO Coinbase Custody Sam McIngvale bersetuju dengan panelis yang lain, menambah bahawa menjual custody adalah umpama menjual “kepercayaan dan rekod yang baik.”
Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, ketiadaan penyelesaian jagaan yang boleh dipercayai kekal sebagai halangan kepada pelaburan institusi dan profesional dalam aset kripto.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!