Default – Above Header Ads

CEO Polychain berkata Blockchain Stablecoin Facebook Sepatutnya Awam

CEO Polychain Capital Olaf Carlson-Wee berkata langkah bijak buat Facebook adalah untuk membina stablecoin di atas infrastruktur blockchain yang awam dan terbuka. Carlson-Wee memberikan kenyataannya di panel Consensus 2019 “To The Moon and Back” pada 15 Mei.

Carlson-Wee menjelaskan bahawa platform blockchain yang dirujuknya adalah satu seperti Bitcoin, di mana pencipta melepaskan kuasa ke atas platform yang dibina. Dia berkata bahawa ia akan membawa kebaikan kepada gergasi media sosial itu, berkata:

“Saya rasa memandangkan semua isu yang dihadapi Facebook dalam mengawal platform mereka dan sebagainya, saya rasa langkah strategik untuk Facebook adalah dengan membina infrastruktur awam itu. Dan infrastuktur awam itu boleh dimasukkan ke dalam semua platform Facebook, yang sudah tentu adalah proprietari. Tetapi infrastruktur awam itu, jika mereka tidak cuba mengawalnya, saya rasa disitulah mereka akan berjaya.

Carlson-Wee juga berkata kebaikan tambahan adalah dengan melepaskan kuasa ke atas platform itu, mereka akan mengelak liabiliti untuk kontroversi yang berlaku di atas platform itu; di membandingkan keadaan itu dengan penciptaan Internet:

“Mereka yang mencipta Internet tidak bertanggungjawab ke atas semua perkara yang dikatakan dalam Internet.”

CEO itu menambah dengan berkongsi visi yang lebih luas untuk matawang kripto, di mana mereka digunakan sebagai tempat penyimpanan kekayaan yang menjadi kebiasaan dan boleh diakses. Dia berkata:

“Jika syarikat teknologi besar ingin meletakkan sumber mereka ke arah membina infrastruktur peer-to-peer, saya akan teruja.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/polychain-ceo-says-facebooks-rumored-stablecoin-blockchain-should-be-public

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads