Default – Above Header Ads

CEO Reserve Menjangka Bank Pusat akan Mentokenisasi, Banyak Lagi Ruang untuk Stablecoin

CEO Nevin Freeman dari startup stablecoin Reserve menjangka bahawa bank pusat akan mentokenisasi matawang kripto mereka pada suatu ketika, tetapi stablecoin mungkin mengekalkan kelebihan dalam menawarkan privasi.

Freeman memberikan kenyataannya di panel Consensus 2019 “The End of Volatility? Stablecoins on the Rise” pada 15 Mei.

Semasa sesi panel itu, moderator Joel Telpner, rakan kongsi di Sullivan & Worcester LLP, telah bertanya panelis mengapa bank tidak hanya mentokenisasi matawang nasional mereka dan menghalang perkhidmatan stablecoin bersandarkan fiat.

Freeman membalas bahawa dia merasa bank akan berbuat begitu, tetapi tidak akan menawarkan privasi yang sama seperti perkhidmatan stablecoin yang sedia ada. Dia berpendapat bank pusat pasti ingin menjejak sejarah transaksi dan pemilikan dana yang ditokenisasi itu.

Namun begitu, dia berkata bahawa perniagaan yang mewah dan orang ramai akan memilih perkhidmatan yang menawarkan privasi dalam transaksi mereka berbanding yang lain yang kelebihannya hanya dikeluarkan oleh bank pusat.

Dalam temubual di konferens itu dengan Freeman, wartawan Cointelegraph bertanya sama ada stablecoin seperti TrueUSD dan Paxos adalah anonymous. Freeman membalas dengan mengatakan bahawa apabila menukar dari fiat ke kripto dan sebaliknya, identiti anda diperiksa dan disahkan. Walaupun begitu, semua transaksi dalam bentuk token adalah pseudo-anonymous.

Freeman menambah bahawa Reserve, bermatlamat untuk mencipta “stable Bitcoin.” Dia memberitahu Cointelegraph:

“Kami sedang berusaha untuk mencipta stable bitcoin. Projek lain yang disandarkan kepada fiat…mereka sangat berguna tetapi mereka adalah versi tether yang boleh dipercayai, mereka bukan versi stabil bitcoin. Dan bahagian kritikal yang mereka tiada adalah jika anda ingin menjadi versi stabil bitcoin adalah semua orang boleh melihat ia disitu, dalam realiti, tidak boleh ditutup tidak kira apa orang fikir tentangnya.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/reserve-ceo-predicts-central-banks-will-tokenize-still-room-for-stablecoins

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.