Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Firma ‘Big Four’ KPMG Mengenalpasti Empat Kemahiran Tertinggi yang diperlukan untuk Kerjaya Blockchain

Firma audit ‘Big Four’ KPMG telah mengenalpasti empat kemahiran utama yang diperlukan untuk kerjaya berkaitan blockchain, dalam sidang media yang dikongsi bersama Cointelergraph pada 16 Mei.

KPMG mencadang bahawa terdapat peningkatan dalam bilangan syarikat yang akan meneroka teknologi blockchain tahun ini. “Projek Blockchain tidak akan berjaya atau diskala tanpa kumpulan pelbagai kemahiran melangkaui ahli teknologi,”menurut firma itu, dan kemudian mengenal pasti empat kemahiran utama yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri itu.

KPMG menyatakan bahawa pelancaran teknologi blockchain yang berjaya bergantung kepada profesional dengan kedua-dua kemahiran teknologi dan kepintaran dalam perniagaan.

Kepintaran perniagaan memerlukan kefahaman yang mendalam tentang proses spesifik dalam perniagaan, yang sangat penting apabila membangun dan mengenalpasti use case dan value proposition untuk sesuatu projek.

Kepentingan kemahiran teknologi pula adalah pemahaman bagaimana blockchain berfungsi. KPMG berkata ianya sangat kritikal untuk memahami bagaimana untuk mempraktikkan ilmu itu untuk use case yang spesifik.

KPMG mencadangkan bahawa profesional dalam bidang itu perlu ada kemahiran analitik data untuk memahami dan menggunakan data yang diperoleh dari blockchain, ditambah lagi dengan “mentaliti penggodam,” yang memerlukan kumpulan itu terbuka untuk meneroka dan eksperimen dengan “menggodam masalah” dari pelbagai perspektif.

Awal tahun ini, KPMG mengeluarkan survey yang menunjukkan 48% daripada eksekutif C Level percaya blockchain akan mengubah cara mereka menjalankan perniagaan dalam masa tiga tahun akan datang. Apabila ditanya tentang kemungkinan implementasi blockchain dalam syarikat mereka, 41% peserta survey itu berkata mereka akan menggunakannya. Dari segi kelebihan dan keburukan teknologi yang desentralisasi, 23% percaya blockchain membantu menambah baik tahap efisyen perniagaan.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/big-four-firm-kpmg-identifies-top-four-skills-required-for-blockchain-career

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads