Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Poloniex Berhenti Menawarkan Sembilan Coin di AS Kerana Peraturan yang Tidak Jelas

Bursa pertukaran yang terkemuka Poloniex akan berhenti menawarkan sembilan coin kepada pengguna di Amerika Syarikat kerana peraturan yang tidak jelas, menurut terbitan blog pada 16 Mei.

Bermula daripada 29 Mei, Poloniex akan berhenti menawarkan perdagangan dalam Ardor (ARDR), Bytecoin (BCN), Decred (DCR), GameCredits (GAME), Gas (GAS), Lisk (LSK), Nxt (NXT), Omni Layer (OMNI) dan Augur (REP) untuk penggunanya di U.S. Trading dengan aset-aset itu kekal boleh didapatti oleh pengguna di luar Amerika Syarikat.

Poloniex berkata keputusan itu adalah kerana persekitaran kawal selia yang tidak jelas dalam negara itu. “Khususnya, sukar untuk tahu sama ada penguatkuasa AS akan mengganggap aset-aset sebagai sekuriti atau tidak,” menurut bursa pertukaran itu.

Status undang-undang matawang kripto masih tidak jelas di AS. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, SEC “crypto czar” Valerie Szczepanik berkata bahawa platform yang ingin menyenaraikan token IEO dengan yuran boleh menghadapi masalah dengan penguatkuasa. “Jika mereka tidak berdaftar, mereka mungkin akan menghadapi masalah di AS, jika mereka mempunyai pengeluar AS atau pengguna AS, jika mereka beroperasi di pasaran AS,” Szczepanik berkata.

Pada awal April, SEC telah menerbitkan rangka kerja, dibangunkan oleh Szczepanik dan satu lagi pesuruhjaya Bill Hinman, untuk membantu peserta pasaran mengenalpasti sama ada satu aset digital dianggap sebagai kontrak pelaburan, dan seterusnya sekuriti.

Pesuruhjaya SEC Jay Clayton dan Pengerusi CFTC J. Christopher Giancarlo menekankan kepentingan agensi menjadi fasih dalam aset digital dan teknologi blockchain awal bulan ini. Giancarlo menambah CFTC patut “boleh menjalankan analisa data pasaran persendirian merangkumi sumber data berlainan, termasuk blockchain dan rangkaian desentralisai, tanpa perlu bergantung kepada SRO dan perantara pasaran.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/poloniex-stops-offering-nine-coins-in-us-due-to-uncertain-regulations

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.