Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Venezuela dan Rusia Mungkin Akan Bertukar kepada Ruble selepas Mencuba ‘Petro’

Seperti yang dilaporkan Bitcoinist Disember yang lalu, pegawai Rusia telah diperkenalkan kepada El Petro tetapi tidak mengesahkan sama ada ia akan digunakna.

“Wakil dari perkhidmatan percukaian dan bank pusat kami…diperkenalkan kepda matawang kripto yang kini digunakan Venezuela,” timbalan menteri kewangan Sergey Storchak berkata. “Tetapi tidak lebih dari itu. Untuk pembayaran, itu tidak berlaku lagi.”

Kini nampaknya transaksi telah dicuba, menurut duta Venezuela.

Pada hari Jumaat, 17 Mei, duta UN Venezuela, Jorge Valero berkata:

“Kami kini mencuba untuk bertransaksi menggunakan matawang lain selain daripada matawang kripto El Petro, yang kami cipta.”

Namun begitu, Valero tidak berkongsi maklumat lanjut tentang El Petro, matawang kripto yang sudah dikritik secara meluas kerana tidak telus dan pemusatan oleh kerajaan Venezuela.

Malah ahli Russian Duma juga telah menunjukkan keraguan mereka terhadap token digital ‘eksperimen’ ini.

Pada bulan Mac, AS telah memperkenalkan sekatan baru terhadap bank Rusia kerana bekerja dengan Presiden Venezuela Nicholas Maduro dan syarikat minyak nasional PDVSA. AS mendakwa bahawa bank Rusia itu mencuba untuk mengatasi sekatan menggunakan ‘El Petro’.

Membalas soalan sama ada Venezuela akan meminta Rusia untuk bantuan, Valero berkata :kami akan sentiasa mendapat sokongan dari Rusia dan hubungan kami adalah pelbagai.” Duta itu juga berkata sekatan AS terhadap Venezuela telah menjejaskan ekonomi negara itu secara negatif. Hasilnya, Caracas terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapat akses kepada pasaran global dan pelaburan minyak dan juga membayar balik pinjaman negaranya.

Sumber:

https://bitcoinist.com/venezuela-russia-ruble-petro-crypto/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads