Default – Above Header Ads

Penguatkuasa UK Melaporkan $34 Juta Hilang dalam Penipuan Kripto dan Forex Tahun Lalu

Penguatkuasa kewangan utama di United Kingdom, Financial Conduct Authority (FCA), melaporkan bahawa pelabur kripto dalam negara itu telah kehilangan lebih $34 juta kerana penipuan matawang kripto dan forex dari 2018-2019, menurut laporan Financial Times pada 20 Mei.

Menurut data itu, yang FCA telah kumpul dari UK, pusat kebangsaan penipuan dan jenayah siber, Action Fraud, kehilangan harta individu kerana penipuan berkurang dari $76,000 ke $18,500 sementara jumlah kehilangan jatuh sebanyak $14 juta.

Namun begitu, jumlah laporan naik tiga kali ganda untuk mencecah 1,834 dengan 81 peratus laporan itu adalah dakwaan penipuan kripto.

Menurut laporan itu, FCA sedang mempertimbangkan larangan ke atas “produk derivatif berisiko tinggi yang berkaitan dengan aset kripto.” Buat masa kini, Pengarah eksekutif FCA Mark Steward memberi amaran:

“Penipu boleh jadi sangat meyakinkan, jadi jalankanlah penyelidiikan anda sendiri ke dalam apa sahaja firma yang anda ingin melabur, untuk memastikan mereak adalah benar.”

FCA dilaporkan berkata penipu menggunakan media sosial untuk mencari pelabur baru. Penguatkuasa juga menekankan bahawa penipu selalu menggunakan gambar selebriti dengan sokongan palsu bersama-sama gambar barangan mewah seperti kertea atau jam tangan.

Tahun yang lalu, firma penaisihat ICO Statis Group mengeluarkan kajian, yang menjumpai bahawa lebih 80 peratus daripada ICO di tahun 2017 adalah penipuan. Kehilangan yang berkaitan berjumlah sebanyak $1.34 bilion.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/uk-watchdog-reports-34-million-lost-in-crypto-and-forex-scams-last-year

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads