Galaxy Digital Menjual Saham sebanyak $71 Juta dalam Pencipta Blockchain EOS, Block.One
Galaxy Digital, bank peniaga kripto yang diasaskan oleh pengurus hedge fund Michael Novogratz, telah menerima $71.2 juta setelah menjual sahamnya di Block.one, pencipta blockchain EOS.
Galaxy Digital menyatakan dalam pengumuman pada 21 Mei bahawa ia telah menyelesaikan transaksi pada 20 Mei selepas penawaran kedudukannya dalam Block.one dibuat pada 18 April. Firma itu mendakwa bahawa ia membuat 123 peratus pulangan di atas pelaburan yang direalisasi dan berikutan transaksi itu, sahamnya yang masih kekal dalam Block.one “bukan lagi dalam kedudukan pelaburan yang material.”
“Penerimaan penawaran Block.one mencerminkan keputusan untuk mengimbangi semula portfolio untuk mengekalkan tahap diversifikasi yang sesuai selepas keduduka itu bertambah kerana prestasi ang signifikan relatif kepada portfolio yang selebihnya,” Novogratz berkata dalam pengumuman itu.
Galaxy Digital menambah bahawa ia masih bekerjasama dengan Block.one dalam perniagaan lain seperti Galaxy EOS VC Fund, yang menyokong startup yang membangunkan aplikasi di atas rangkaian blockchain EOS. Galaxy Digital dan Block.one memasuki usaha sama pada bulan Januari 2018 untuk melancarkan EOSIO Ecosystem Fund dengan $325 juta.
Pada bulan Julai tahun lalu, Block.one menerima pelaburan dari pelabur besar seperti pengasas bersama PayPal Peter Thiel dan pengasas bersama Bitmain Jihan Wu.
Galaxy Digital keluar datang sebagai sebahagian daripada program buyback Block.one sebanyak 10 peratus daripada saham syarikatnya.
Menurut laporan dari Bloomberg pada hari Rabu, tawaran buyback Block.one menilaikan dirinya di sekita $2.3 bilion, naik lebih 66 kali ganda daripada apa yang dinilaikan dalam pusingan dana tahun 2017. Harga pembelian semula adalah dalam $1,500 setiap saham. Ia ditawarkan pada kadar $22.50 setiap saham semasa pusingan tahun 2017 itu.
Laporan itu menambah bahawa Block.one mempunyai aset dalam $3 bilion termasuk wang tunai dan pelaburan pada penghujung Februari, berdasarkan emel bertarikh 19 Mac yang dihantar kepada pemegang saham Block.one dan dilihat oleh media. Block.one juga memegang dalam 140,000 Bitcoin, menurut laporan itu.
Sumber:
https://www.coindesk.com/71-million-galaxy-digital-sells-stake-in-eos-blockchain-maker-block-one
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!