Default – Above Header Ads

Bank of Russia: Kami Menentang Kripto, tetapi Mungkin Mempertimbangkan Aset Digital bersandarkan Emas

Menurut penerbitan berita tempatan TASS, Bank of Russia akan mempertimbangkan matawang digital bersandarkan emas untuk kegunaan dalam penyelesaian antarabangsa. Namun begitu, institusi itu tetap menentang aset kripto yang desentralisasi sepenuhnya.

Kuasa dunia telah dilaporkan mempertimbangkan idea mencipta matawang digital sebelum ini dan ia juda dipercayai bahawa beberapa orang bahawa eksperimen Venezuela ke dalam kripto dengan Petro adalah dengan sokongan Rusia untuk mengkaji teknologi itu.

Gabenor Bank of Russia, Elvira Nabiulina, telah berkata bahawa institusi itu akan mempertimbangkan cadangan bahawa matawang digital bersandarkan emas boleh digunakan untuk memudahkan penyelesaian antarabangsa. Cadangan itu telah dibuat di State Duma. Nabiulina memberi respon:

“Untuk penyelesaian bersama pula, kami akan pertimbangkan cadangan anda tentang matawang kripto bersandarkan emas. Tetapi, menurut pendapat saya, ia lebih penting untuk membangunkan penyelesaian dalam matawang nasional.”

Dia juga menyatakan bahawa penyelesaian yang dibuat menggunakan matawang nasional ahli Eurasian Economic Union (EAEU) berterusan berfungsi dengan “dinamik yang baik.”

Ini bukan kali pertama Rusia bermain dengan idea mencipta matawang digital. Usaha sebelum ini, Crypto Ruble, nampaknya telah diketepikan buat masa ini, walaupun NewsBTC tidak tahu tentang apa-apa Perkembangan berkenaannya.

Selain itu, Rusia juga dianggap berada di sebalik kegagalan Venezuela dalam dunia matawang digital dengan Petro yang disandarkan kepada minyak. NewsBTC melaporkan pada waktu itu tentang khabar angin bahawa Rusia sebenarnya menyokong penciptaan aset digital pertama yang dikeluarkan oleh kerajaan sebagai usaha mengmpul data tentang bagaimana untuk mengelak daripada sekatan antarabangsa menggunakan matawang desentralisasi. Ianya masih lagi khabar angin.

Menurut Nabiullina:

“Kami menentang matawang kripto untuk dilacarkan ke dalam sistem monetari kami. Kami tidak melihat kemungkinan bahawa matawang kripto boleh menjadi pengganti kewangan.”

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/05/23/russia-opposed-crypto/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.